CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 10, 2010

What one thing are you exceptionally bad at?

What one thing are you exceptionally bad at?

Answer here

do u happy with ur life now?

do u happy with ur life now?

Answer here

ciri2 lelaki idaman?

ciri2 lelaki idaman?

Answer here

what will u do if u found a magic lamp?

what will u do if u found a magic lamp?

Answer here

insan yg paling anda syg?

insan yg paling anda syg?

Answer here

apa yg anda akn buat utk hilangkn stress?

apa yg anda akn buat utk hilangkn stress?

Answer here

organic chem, sng ke ssh?

organic chem, sng ke ssh?

Answer here

subjek favorite?

subjek favorite?

Answer here

Sunday, October 24, 2010

formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/skyhans90

Wednesday, October 20, 2010

kenapa semua orang yang saya suka menjadi idaman semua orang...

sedangkan orang yang saya suka tu simple.simple je...

why???



Monday, October 18, 2010

he'd changed...should I?

tak sangka...tekaan aku betul jugak...sebaik-baik mana pun kaum mereka...tetap ada sedikit perubahan yang aku memang dah jangka...

anyway, thanks for everything...thanks for the time you'd spent for me...even a second, i really appreciate that..one again, i fallen in that stupid things...but it's failure again...i need to stop now...

focus for study!!!

Sunday, October 17, 2010

minggu struggle...!!!

ni minggu before study week...huh...banyaknye test...jiayou.nan jiayou...
try to learn how to study better la...don't play around anymore...its so close to final...
you need to struggle alot...have fun after the exam...not now...

promise yourself to make your mom happy.your brothers happy...jiayou.jiayou...

aim tuk LI...hahaha..lab kt ladang *apa ke nama tmpt tuh...ntah kat ane...tahu sebut je..eja. x tahu...so xyh tulih la kot...huhuh...

hahaha...have fun with your life now...no need to find the stupid things again...just wait till Allah want to give you one...just pray to Him...He will heard you...always...

struggle for thermo, organic, and instrumentation method....
no more daydreaming kay...!!!kembali ke dunia yang nyata...x lama lagi sayang...bertahan tau...

Wednesday, October 13, 2010

should i?

no one care...so. should i just ignored how i'm feel now??
yup, i'm trying because i'm sick of this stupid things...

Monday, October 11, 2010

memang perlu balik!!!

dalam keadaan sekarang, aku memang perlu balik...tahap stress aku dalam keadaan kritikal sekarang...sebenarnya, study tak adalah tension sangat bagi aku...aku cuma rasa serabut dengan keadaan sekeliling aku sekarang ni...n aku perlukan udara kampung pulak...

semua kat sekeliling aku buat aku sesak nafas...argh, aku kena balik gak...selagi kepala aku pikir benda yang tak patut aku pikir sangat sebenarnya...buatkan aku rasa sakit...

dalam sikit demi sikit, aku rasa sakit...kan bagus kalau jangkaan facebook tu betul...tp no one will know what will happen then...
terima kasih kawan-kawan, korang memang selalu buat aku ketawa, tp sebenarnya dalam masa yang sama aku rasa sesak dalam diri aku...aku tak tahu kenapa...

when i saw my mom's face last week, aku rasa macam betul-betul nak ikut dia balik...tapi disebabkan aku terlalu pikirkan kerja yang aku tak patut pikir sangat sebenarnya...tp demi korang, still aku tahan lagi seminggu...tp, minggu aku dah tak tahan dah...i need air to breathe...sorry korang, (walau sebenarnya, aku tak ada la penting mana kan...but korang memang everything buat aku kat UMP ni...) but everything is about you'all...
pernah jugak, aku terpikir...
kenapa sebenarnya motif aku pindah ke KK3??? aku still x dpt cari sebab dy...
tapi aku tahu, dalam hati aku happy sebab dapat duduk n lepak ngan korang...
thanks...

aku tahu sebenar aku tak buat banyak untuk korang kan...tapi korang dah buat banyak untuk aku...terima kasih!!

aku tak tahu la kenapa aku tulis entry ni...may be mood aku sekarang ni tengah stress n down kot...sorry...:]


Tuesday, September 28, 2010

after 5 years...surat untuk kamu!!!

salam....buat yang pertama dan terakhir buat saya...terima kasih sangat-sangat!!!

awak,
tak sangka dah 5 tahun dah berlalu. teringat pula waktu saya sukakan awak. awak, minta maaf sebab sukakan awak. dulu mesti awak rasa terganggu and terbeban dengan kehadiran saya, kan? tapi, thank you so much sebab awak nampak kewujudan saya dulu. awak ingat lagi ke tak? mesti awak dah lupa kan? ye la awak sekarang ni kan dah bahagia...tapi saya pun tumpang gembira atas kebahagiaan awak...happy sangat bila awak happy...no worries in my heart and my head anymore!!!

awak,
waktu saya tulis surat ini, saya teringatkan 'esprit de corps' awak, teringatkan kad raya handmade yang bertandakan signature awak, duit raya bentuk love. :] tak sangka pula saya still ingat lagi...sepatutnya saya dah lupa...

awak,
kalau dulu, tiap-tiap kelapangan saya akan kirimkan surat untuk awak. walaupun balasan awak pendek je, tapi saya tetap berterima kasih sebab sudi reply stupid things macam tu. Awak, sorry sangat-sangat sebab wujud and sukakan awak masa tu. mesti menyusahkan saja kan? Saya tahu sebenarnya awak rimas. tapi terima kasih sangat-sangat sebab jaga perasaan saya.

awak,
minta maaf sangat-sangat dulu mata saya selalu jadi stalker. ada saja bayang awak mesti mata saya ikut. kat sekolah saja la. saya ingat lagi. satu hari tu, banyak kali awak pergi toilet. awak demam masa itu. jaga diri tau. awak tu cepat jatuh sakit. saya selalu tengok awak ke library. seronok...nak tahu tak, saya dapat juga jadi librarian masa form5, walau pun sekejap kan...

awak,
dah 5 tahun saya cuba, awak. tapi susah sangat. Sebenarnya saya nak sangat lupakan perasaan saya tu kat awak. Saya nak awak jadi kawan, abang, and teman yang boleh happykan saya macamana kawan-kawan saya yang lain buat. Awak, nak tahu tak? first time sampai universiti ni, saya nangis sebab satu universiti dengan awak. sebab saya tak nak susahkan awak lagi. saya tak nak ganggu hidup awak lagi. tapi saya terpaksa sebab kehendak mak saya.

tapi kan, awak...

rupanya awak la salah 1 sumber semangat saya kat universiti ni. hari pertama kelas, dah nampak awak. antara senior sekolah yang lain. awak dulu yang saya nampak, tak sangka pula saya. tapi saya lega sikit bila tahu yang budak fakulti awak dah start belajar kat kampus baru...
sekurang-kurangnya, saya takkan ganggu awak lagi kan...hihih..

awak,
satu hari tu, saya mesej awak, kenapa miskol.awak kata awak termiskol saya. lepas tu saya balas lagi kalau termiskol takkan la sampai dua kali. awak kata virus H1N1 yang melanda sekarang yang menyebabkan awak termiskol saya. tapi mungkin betul juga kata awak. saya mungkin akan tahu alasan sebenar kalau hari tu saya bawah phone saya sekali kan. tapi kan awak, masa tu la awak ingatkan saya balik pasal awak. lepas tu, saya try lupakan awak lagi. kalau saya layan mesti saya akan susahkan awak lagi kan. saya try untuk tak ada perasaan.

awak,
saya nak minta maaf lagi sebab saya dah delete phone no. awak. kalau saya save, bila saya bosan mesti saya akan ganggu awak. lebih baik saya delete kan...minta maaf. tapi saya still anggap awak sebagai kawan saya. suatu saat tu,saya dah lupakan perasaan kat awak. sedikit demi sedikit perasaan tu lari jauh. tapi bila saya tengok muka awak, fuuuh...Allah saja yang tahu, macam mana hati saya berubah balik...sebab tu la bila saya nampak awak, saya try tak pandang muka awak. minta maaf tau. untuk kebaikan awak, itu yang terbaik kan.

awak,
minta maaf sangat-sangat juga sebab saya reply mesej raya awak dengan pertanyaan yang saya tak kenal awak...minta maaf tau, no tu familiar di mata saya. tapi saya dah tak berani berharap macam waktu-waktu yang lepas. before this, ramai sangat orang yang kacau pakai no yang dekat-dekat dengan no awak. semuanya saya teka awak dulu, tapi semua salah...nampaknya harapan saya dulu tak ada lah sesempurna harapan saya kali ni...tapi saya betul-betul terkejut. tak sangka pula awak akan anta mesej raya kan. itu hadiah terbaik untuk saya tahun ni...terima kasih awak...

awak,
terima kasih sangat-sangat sebab awak orang first yang anta mesej raya kat saya. kalau before this, saya yang hantar dulu kan. padahal, sebenarnya awak tak ada salah apa pun kat saya. saya tak ada kemaafan nak bagi kat awak sebab awak tak ada buat salah kat saya...tapi saya nak mohon seribu maybe berjuta-juta kemaafan dari awak...banyak sangat saya rasa salah saya kat awak. beban yang saya timpa awak waktu sekolah dulu. minta maaf yer.

awak, saya tak tahu lah awak baca ke tak surat saya untuk awak ni...panjang kan? kalau dulu setiap dua bulan kan saya anta surat kat awak...ni la hasilnya dalam tempoh 5 tahun...
jangan risau tau...saya dah takkan desak awak lagi. saya akan hormat decision awak sepenuhnya. awak mesti sentiasa bahagia yer. walaupun awak yang pertama dan terakhir untuk saya di saat ini. saya tahu there's someone would be the one for me, kan? i just waiting for him...and i'll be happy with him...i'll try, awak...

awak,
saya takkan berhenti untuk sayang awak, dan saya juga takkan cuba untuk memaksa awak sayang saya. sebab saya tahu cinta itu tak semestinya harus memiliki kan...surat ini hanya mengisi masa lapang saya selama 5 tahun. jangan risau, saya takkan fikir pasal stupid things ni lagi. bak kata awak, belajar rajin-rajin kan? belajar sampai master kan? lepas tu jadi lecturer kan? jangan berfoya-foya kan? baiklah...saya akan ikut nasihat awak, awak...

saya janji saya takkan delete phone no. awak lagi, sebab saya tahu awak akan ingat saya suatu hari nanti...sebagai kawan kan...tapi kalau boleh, saya nak sokongan awak sentiasa...tapi kalau tak boleh tak apa...terima kasih awak...sorry juga!!!




Monday, September 27, 2010

saranghaeyo hyunjoong-shi!!!

i'm became fanatic for kim hyun joong...why???

the love he gave for hwangbo...give me too much good perceptions for him...

i don't like to be a crazy fan...i hate to be a fanatics for someone that didn't know who I am...

please...give me the oxygen to breathe...

i'm choked right here...need the love, to be care for, to love back,
and to feel everything i never before....

i've been fallen for how he smile, how he sleep, how he laugh, how he keep cares for...

he has full of curiosity around him...too much thing he want to know...

nice man, which endangered species...

the precious idol star...

Sunday, September 26, 2010

akhirnya...ada jugak keje dalam hobi aku!!!

finally i got a job...yeah!!...

huhuh...HE terbaik la...first time, dalam aku teruskan hobi aku yang entah pape nih...
dapat juga aku tulis skrip...
sebenarnya susah jugak nak tulis skrip yang memang aku tak suka jalan ceritanya...

ni pasal sejarah...memang fail la skrip aku...diplomatik pulak tu...
bila nak siap la skrip nih...

Thursday, September 16, 2010

i'll promise, no LOVE for this time...S.T.U.D.Y!!!

saya janji. no love anymore...please get some energy for your study han...jiayou.you can do it. don't think about guy anymore. don't think how to get love. but let the love come for you...kay? jiayou.jiayou..

Wednesday, September 8, 2010

kamu & penipuanmu

jangan paksa saya jadi orang lain...

jangan pernah menguji kesabaran saya...kerana kesabaran saya nipis je...

bila dah sampai limit, masa tu, baru korang tahu siapa sebenarnya saya...

saat tu,

saya bukan lagi sediam hannan yang dulu...mungkin lagi teruk dengan awak...

saya bukan lagi sebaik hannan yang dulu...mungkin dengan awak je...

ya saya hannan...tapi hannan yang lebih berhati-hati untuk mempercayai awak terutamanya...

kepercayaan saya terhadap kamu akan hilang sedikit demi sedikit...

dan akan hilang sepenuhnya seandainya penipuan kamu terbongkar di hadapan saya....

i'll do what i can do

saya takkan memaksa kalau awak tak mahu...

saya pun akan membenci kalau awak membenci...

because of you, i can be anything...but not anything for you...just because of you...

^^ mekasih^^

Tuesday, August 31, 2010

Kamsahamnida....arigatoune,minasan

MySpace annaeyong!!!

31st august2010, such a new cover for my book of life...
thanks for the happiness that everyone gave to me.
the laughter, the makanan, the karok...huhu..

kawan-kawan, terima kasih ye...kamsahamnida...

dari UMP sampai la ke padang MPK. i can't stop smiling. this is the start of the new sem. dunno why. maybe bc from the beginnning, i can't felt the happiness between my friends just like yesterday.makan nasi kerabu.n air jagung. had bought kerang bakar. for all, but only me and azi ate. argh. nasib baik my fav,

dari padang MPK, we prayed for solat maghrib at Masjid Sultan Ahmad Shah 1...(nearby the padang MPK)

after that, we moved for the next agenda..but stop by the KP...(kuantan Parade)...everything happened at one time...my one of bestie, sudden want to follow us for the next agenda.

MySpace

yeah.yeah.yeah...so much fun...because i love all my bestie come for us...but that's no the full enjoy la...bc my fatehah doesn't come for us...she told Azi, she had to babysit her sis.MySpace

after stop by KP, we moved for ECmall...argh...so much in my thoughts...
i can't see all the baju, especially t-shirt...argh, always make me terliur la...
can't buy it.need to save money.just like last sem. jiayou.jiayou.jiayou. tahan your nafsu la..

at first, we enter the NOSE...so many beauty shoes.. argh...azi, u owe me all that feeling to shop all that stuff...at the shop, its the first time, for me, window shopping with guys. argh so annoying at first...but in the heart, so much laughing...thanks to pakcik amin n pakcik epul for the compliments, recommendations...memang you'all ada taste la...kihkihkih...

then, we move for the parkson...the favourite place for azi...she likes shopping in there...me too...she'd buy a nice shirt. ayu lagi...ehehehe...nice choice my friend.

we just left the two pakcik, bc they were busy on try test kuih raya...(*macam nak beli je kuih raya tu)...padahal nak menambahkan isi dalam perut only... apa-apa la pakcik..huhuMySpace

after the parkson, next destination would be my fav place...the world of communication...argh love that shop...nice.so many choices.i bought a box of DVD.4.7GB. nice shot...love that hello kitty DVD...bc the cartoon so cute.mute. but so expensive lorh...not benefit for that. next time, i'll buy them...okay...Hello Kitty, S.H.E just wait for me...

then, as planned by the superb organizer...kihkihkih...norhazirah bt ahmad...
we went for karok. as usual, 2 hours...argh...with the presence of syamim...huruhara bilik karok...
but thanks, so much laugh too...keep make me smile...

so many lagu yang nyanyi...even not me singing..kuikuikui...so malu pula nak loud out my voice...


after karok, we don't know where to go...the plan just sampai at karok only...but the car ady had until 5o'clock at am 1 sept2010.. thenm we went for KFC at benteng. argh makan lagi...tape.tape.tape...yang penting yummy.yummy.yummy...always okay about makanan...

argh chessy wedges. snack plate, potato mush...sukesukesuke...
so kenyang.if someone had paid for, lagi yummy.yummy...
tapi who's me to ask for it...just waiting till someone come...

then the jam ady show near to 2am. need to go back for UMP...my bestie syafiqa need rest..insyaAllah after this, nothing happen for her...please yaAllah, keep her health in good condition.

finally sampai la UMP...hehehe...me first sampai bilik...biasa la KK4...nice place to be first..kihkihkih..

Sunday, August 29, 2010

Let Me Be The One!!!

Look, I know it has been along time you know,
Now, I gotta tell you something so look at here.

First thing first,
The words I want to tell you.
Although I don't know where I should start.
I've been quite anxious even now i'm feeling a little shy...(oh love)

I’ll try to gather up more courage.
You know that I can’t say these types of awkward phrases
Once in a lifetime, I think that time is now.
I’ll start here please listen
Let me be the one.

Let me be the one,
the only one for you. I want it to be me
Let me be the one,
the entire day, I only think of you
Let me be the one,
I’ll promise you, that I’ll live for you
Let me be the one,
for eternity, I’ll love only you

Meaningless thoughts become the wind, tears overflow to form the sea
An insufficient woman like me, by meeting you I feel so special
Please accept my heart

The only one in the world that makes me shine
You're the one in the million
Among the many stars in the world, the one place where I can rest easy
My happiness, sadness, smiles, and tears, they are all only for you.
If I am with you I don’t have anything to be afraid of

Let me be the one,
I exist because of you
Let me be the one FOR ALL YOUR ANSWERS,
that person is me
Let me be the one,
the only one in the world,
Let me be the one WHO CARES.
Let me be the one,
It won’t change, even if I am born again
IT’S YOU

Let me be the one,
the only one for you. I want it to be me.
Let me be the one,
the entire day, I only think of you
Let me be the one,
I’ll promise you, that I’ll live for you
Let me be the one, for eternity,
WOULD YOU LET ME BE, I’ll love only you.

Thursday, August 26, 2010

pengharapanku dalam menantimu!!!

kadang-kadang, memang fed-up menanti sebuah pengharapan yang 'useless' ni...
kenapa waiting kalau aku dah fed-up...?

sebab i'd promise my bestfriend to tell her everything that will be happen in that day...

penantian, pengharapan ni memang 'useless'....namun kuharapkan di sebalik ketabahan aku menanti hari itu, dapat merasakan happy ending...hope so much!!!

saya akan menanti mu wahai penyeri hidupku pada tarikh itu....
kehadiranmu ku alu-alukan kerana kasih-sayangku akan hanya satu untukmu...

Jangan Mempersendakan Ketidaksempurnaan.

masih aku tertanya-tanya,
mengapa perlu dipersendakan ketidaksempurnaan...
Ya Allah, sebagai manusia, aku hamba-Mu...berasa bersyukur dikurniakan sahabat yang bisa menyayangi dan memahami...aku benar-benar memerlukan mereka...
bukan cinta yang aku cari...
mungkin ya. dan mungkin tak...tapi cinta-Mu paling kuharapkan...

sahabat lebih penting bagiku kerana merekalah cintaku...terima kasih sahabat.terima kasih memberi segala saat-saat yang manis buatku....

sejak beberapa minggu aku di UMP for the 2nd year...everything happen is so fast...everything have changed...

aku betul-betul tak faham apa sebenarnya keinginan manusia...
memang betul kata orang "manusia tidak pernah punya rasa bersyukur di atas apa yang mereka miliki"

dunia kini semakin huru-hara...inikan pula rutin seharian ku yang kadang-kadang juga meliputi 1001 masalah...masalah persahabatan itu tak asing lagi untuk aku...aku berfikir, mungkinkah salah aku, atau kesalahan mereka.

kata orang "kita tak perlu menyalahkan orang lain, seandainya merasa diri terbeban oleh sesuatu perasaan"

aneh melihat gelagat mereka2 yang tak tahu menilai betapa indahnya n mahalnya sebuah persahabatan...

terima kasih kepada mereka yang telah memberi aku 1001 kenangan.indah mahupun pahit. terima kasih...jasamu dikenang!!!

Monday, August 9, 2010

love U, miss U...alot...

once i'm down, i cry missing you
once i'm bored, laugh for our moment together.

Absarina,
our friendship can't be like the other friendship in my life...
there's no one....

i thought i'm so childish...but i'm really sensitive when it come to friendship...
i can cry easily for friendship, can be down for a long term just because of the friendship...

i hope a loyal person like u, i hope a kind of you...
sometimes, when i'm grown up, there's some feeling that i never feel when there's no you...
missing you...so much...

there's no one can understand me just like you do...
there's no one can happy for me just like you happy for...

thank alot, my princesss of the "esprit de corps"

Absarina Abd. Aziz....

in the past years...so much things i want to be with you, my beloved friend...<3<3

Wednesday, August 4, 2010

aku tak faham!!!

kenapa kadang2 persahabatan tu dipermainkan...???sedangkan bukan senang sebuah persahabatan tu nak wujud...
apa yang aku belajar setiap persahabatan memerlukan kepercayaan, kejujuran dan sikap saling menghargai....

makin lama aku menjalani hidup aku sebagai remaja, semakin aku rasa kerdil dalam dunia ni...aku tak faham kenapa masih ada orang yang berperangai macam budak-budak dalam persahabatan...
persahabatan itu untuk dikongsi...semakin ramai dalam persahabatan itu, semakin indah hubungan mereka...

aku fikir, waktu sekolah sahaja ada masalah "batu api", masalah fitnah-menfitnah, masalah yang kecil yang diperbesarkan dan ditokok tambahkan...rupanya, semakin banyak pula benda tu terjadi...dekat U pun ada...memang susah nak faham apa yang orang lain nak...

buat sahabat yang telah menceriakan hidup aku, terima kasih di atas segala perjuangan yang kita sama-sama hadapi...AKU SAYANG KORANG SEMUA!!!!

untuk mendapatkan teman, bukan lah asal dari simpati...bukan asal dari fitnah, bukan dari hasad dengki...aku pelik kat sekeliling aku still lagi ada yang mendapatkan teman dengan hasad dengki, dengan fitnah, tagih simpati...janganlah kamu membuat hubungan orang lain terputus, gara-gara niat jahatmu, kerana suatu hari mereka akan meninggalkanmu dengan dendam...

janganlah kalian mencemburui seandainya mereka rapat dan meninggalkan kamu sendirian,
namun doakan hubungan mereka berkekalan sehingga ke akhir perjuangan mereka....

Wednesday, July 28, 2010

thermodynamics....saranghaeyo!!!

my love subject this sem...."thermodynamics"

ehehe..ni bukan asal dari inspiration of the graphic novel...

but the real life, i gt to be with...for this sem...
oh.No!!! too much confused...about this subject...i need to work harder for this subject...

jiayou hanan!!!

i was attending the class with the very.very.very excited for this subject...bc of my last year roommate. she was struggle to be in the course subject...so there's more preparation i need to do...

it really hard...just bc of the focus...
if we lost the focus, we can't continue for the next lesson...
if we're pay 100% attention, so we gt what we want...

i hope i can have the 100% attention...even though i can't...

there's a way, where the solution will be...

jiayou.jiayou.jiayou...need to try better than this...u can do it hanan!!

Friday, July 23, 2010

some???

sometime,
i felt so bored because there's nothing to do,
because there's no one for me to talk with,
because there's no topic to be talk about,
there's no idea in my mind to speech out.

someone,
i'm usually thinking about someone,
someone who always be in my mind,
because he or she is so special for me,
because there's a key about them in my mind.

somewhere,
places where i loved to be there,
where i can be always in peace,
where no problem in my mind,
where the place i can laughing with my friend.

SOMETIME i want SOMEONE to be there for me SOMEWHERE i always be.

things to do!!!

OMG!!!

dah lame x update my blogs...S*** tul net kt UMP...sabo je la...pape pun thanks to GOD...bc nice at home now...yeah...in those two week, really miss my SWEEETTT HOMEY..but now, really missed my lovely n nice friend at UMP...mesti dorg tengah happy sekarang nih...jeles gak!!!

AZI, IQA, TEHA, TASHA, ALONG....

I'M already MISS U all...

Tuesday, July 6, 2010

iNdAhNye kAlo????

huhuhu...kan best kalo aku dapat asrama...??walopun xdela aku mengharap sgt sebenarnya cume rase teringin nk duk lepak2 ng kawan2 cm dulu...tp best jugak kalo dapat cari umah sewa...xde la aku hidup menumpang...walaupun susah nk hidup sara diri kat umah sewa tu...tu kan lebih baik dari aku menyusahkan eiqa...

tapi nak wat camne...dah nasib aku...sape suruh belajar ala qadar je...dah dpt result pun ala qadar je...kadang2 terpikir gak kalo aku dapat result teruk pun leh dpt hostel...hahaha..baik dpt result teruk cam tu....*huhuh...ada plak niat ntah pape...huhuh...[xboleh3x...] aku mesti belajar leklok...biarla dpt sederhana...aslkn xde la repeat sem...xnk2...belajar molek hannan....u can do it..be the best for urself n mom...no one can stop u since u r struggle for that success....jiayou babe!!!

next sem mesti wat betul2....enjoy2 gak...igt result kene naik walopun...0.01 je... ;"]
it's not shameful things but take it for ur motivation n ur own spirits...

don't think about other...n just be ur self....


Sunday, June 20, 2010

Happy Birthday, Oniichan...Kamen Rider Z

Happy Birthday to my Sunbae-nim,

Selamat Ulangtahun yang ke-22 wat Oniichan,

Oit, hepi2 birthday kamen rider Z...
Hope u'll be in ur dreams like u always be...
Its nice to know u before, thanks for being in my life...
Yang Tetap sayang kamu...oniichan...

From Your Dongsaeng [a friend that always burden ur mind...]

Monday, June 14, 2010

[T]ak [P]asti [K]esudahannya...!!!!

'A' dah lama suka dekat 'C', sebab dia tertarik dengan 'C' yang sikapnya bijak, mcm org berilmu, responsible, setia dan boleh dikatakan hensem la. Tapi hensem tu kan sifat luaran. Setiap sifat luaran tu ada kelebihan dan ada kekurangan. dan bagi 'A', 'C' adalah orang yang pertama menarik perhatiannya sejak dia menjejakkan kaki ke kampusnya. Namun dalam dia terpaksa mendiamkan diri, kerana dia percaya bahawa orang yang berpakej lengkap seperti 'C' tak mungkin belum berpunya.

Memang sejak lepasan kolej, 'A' tidak lagi berani seperti dulu dalam mencari cinta. Kalau dahulu, memang dia yakin untuk meluahkan. Namun kini, perasaan tidak lagi berkeyakinan. Seolah-olah telah berputus asa dengan segala macam perjalanan hidup dia mencari cinta. Walaupun begitu, 'A' masih meneruskan memendamkan perasaannya dalam bentuk harapan. Dia telah berhajat semasa menyambut ulang tahunnya yang ke 20 tahun. 'A' berharap dia akan bertemu jodoh dengan lelaki yang diimpikan selama ini. Bukanlah terdesak untuk memiliki jodoh, namun cuma berharap dapat merasa cinta yang berbalas dan bukan lagi cinta yang bertepuk sebelah tangan seperti dahulu.

Semasa di kampus, 'A' hanya dapat melihat 'C' dari jauh sama seperti sewaktu mereka di kolej. Ya, mereka satu kolej dahulu, dan kini mereka menuntut ilmu di menara gading yang sama. 'A' tak pernah menyangka orang yang selama ini pernah terserempak dengannya di kolej akan bertemu di sini. Apatah lagi satu kursus. Mereka tidak pernah berbual kalau ada pun 'C' cuma bertanya tentang persoalan yang dia tak pasti. Itupun telah membahagiakan 'A'. Namun dalam 'A' merasakan kebahagiaan itu, dia tahu bahawa dia tidak mungkin dapat memiliki 'C'. Dan angan-angan itu jauh sekali dari harapan dia.

Dalam perjalanan menanti dan mengharapkan 'C', 'A' berkawan dengan 'B'. Dia gembira berkawan dengan 'B' dan dia boleh jadi diri sendiri dengan 'B'. Gelak tawa yang biasanya mereka kongsi bersama. Kalau diulang kembali kisah kali pertama mereka serasi memang menggelikan hati. Sejak hari itulah mereka mengenali antara satu sama lain. Namun kehadiran 'B' ketika itu belum lagi mengubah tempat 'C' di hati 'A'. 'A' belum nampak kepentingan 'B' buat dirinya. Dia selalu menidakkan apa yang digosipkan oleh kawan-kawannya. Pada 'A', mungkin persahabatan dia dan 'B' adalah lebih penting daripada berubah menjadi cinta apatah lagi 'B' itu satu-satunya kawan lelaki yang rapat dengan dia. Tak mungkin dia nak merosakkan hubungan persahabatan macam tu saja. Lagipun 'B' pun sudah berpunya. Dia baru sahaja memiliki gadis yang selama ini dia perlukan. Tak mungkin 'A' akan memusnahkan hubungan mereka.

Sampailah suatu ketika, 'A' mengetahui bahawa 'C' telah pun dimiliki dan dia terlalu setia dengan kekasihnya sehinggakan tidak dapat menguruskan diri dengan baik seandainya dia kehilangan kekasihnya itu. Dan akhirnya 'A' telah pun berputus asa terhadap 'C'. Padanya, tidak berguna seandainya dia masih mengharapkan orang yang terlalu setia. Apabila dia mendengar cerita daripada kawan-kawannya tentang percintaan 'C'. Dia merasa seolah-olah tidak ada harapan langsung untuknya memenangi hati 'C'. Apatah lagi, seandainya dia langsung tidak menganggap 'A' wujud di hadapannya.

Setelah itu, hati 'A' kosong. Tiada siapa yang dapat menarik perhatiannya sejak saat dia melepaskan 'C' jauh-jauh melainkan Hamba-hamba Allah yang berlainan bangsa dan agama dengannya. 'A' memang mudah terpaut dengan jejaka-jejaka Cina. Namun, jauh bezanya. Macam langit dengan bumilah jawabnya. Orang Melayu pun dia tak dapat inikan pula nak bercinta dengan orang Cina. Mustahillah.

Pada suatu hari, 'B' mengalami masalah dengan kawan-kawannya. 'A' susah hati melihat 'B' yang tak mahu senyum dan sentiasa muram semasa kuliah. Dia cuba menasihatinya sebagai kawan. Tapi 'A' tahu bahawa 'B' tabah orangnya dan tak mungkin dia mudah untuk putus asa. Sebenarnya, pada saat itulah, 'A' sudahpun merasa bibit manis perasaannya. Namun hati dia yang menafikan bahawa dia dah pun suka dengan 'B'. 'A' terus menafikan kata hatinya sehinggakan kawan-kawannya sudahpun berhenti bergosip tentang mereka berdua.

Pada saat itu, 'A' mula merasakan seolah ada yang tak lengkap dalam tabiat sehariannya. Gosip itu. Gosip itu yang yang sentiasa buat dia tersenyum dan ketawa. Namun, merasakan ketidaklengkapan itu belum menyedarkan 'A' tentang perasaannya. Dia masih lagi tidak kisah dengan semua itu. Dia masih menjalani hidupnya seharian dengan normal. No Love.

'A', 'B' dan beberapa kawan-kawan mereka yang lain pergi perkhemahan, untuk mewakili persatuan yang mereka sertai di kampus. Semasa perkhemahan itu, ada sedih, ada gembira. Namun baginya pengalaman sebegitu banyak memberikan dia ketenangan dan kegembiraan kerana 'A' suka aktiviti yang berkenaan dengan hutan, gunung dan pokok-pokok. Namun ada juga yang 'A' tak suka, dia benci kerana dia tak dapat kebebasan meng'upload' gambarnya di ruang Facebook. Baginya susah kalau terpaksa bergambar dengan kekasih orang ini.

Setelah pulang dari perkhemahan, masalah itu la yang menjadi punca kemarahan 'A' terhadap 'B'. Sejak itu, dia dah berjanji dia takkan bergambar lagi dengan 'B'. Mana ke tidaknya, buat apa bergambar kalau tak boleh tunjuk kat kawan-kawan dia yang lain. Memang sejak dari itulah, dia tak pernah bergambar berdua-duaan dengan 'B'.

Pada suatu hari, 'A' telah menyedari yang dia telahpun sukakan 'B'. Namun tiada siapa yang tahu tentang perasaannya. Dia cemburu bila 'B' bercakap tentang gadisnya.

Pernah juga 'A' berkata di dalam hati.

"Sepanjang aku sukakan orang tak pernah pula aku cemburu tak tentu pasal macam ni. Apatah lagi boyfriend orang. Ish.Ish.Ish..Mengarut."

"Lagipun tak mungkin dia akan suka aku, sebab dia tahu yang aku sukakan 'C'. Lagipun diakan sayangkan girlfriend dia tu. Siapalah aku ini di matanya dia."

Sampaikan pernah satu saat moodnya tak tentu pasal jadinya bila 'A' fikirkan perasaan dia terhadap 'B' tu. Asyik nak tidur saja 24 jam.

Dia cuba mengawal perasaan itu kerana 'B' sudahpun berpunya. 'A' memang tak suka menganggu hubungan orang lain. Lagipun, dalam hatinya pernah juga berkata yang dia tak layak untuk 'B'. 'B' terlalu baik. Tak mungkin dia layak. Lagipun 'A' tidaklah secantik kekasih 'B'. Dia tetap cuba melupakan perasaannya.

Namun perasaan itu kembali apabila mereka berdua menyertai satu ekspedisi. Apatah lagi yang menyertainya, 'A', 'B' and 'C'. Pelbagai persoalan yang muncul sebelum menyertai ekspedisi tu. Namun dia cuba menutup kedua-dua perasaannya itu, mahupun buat 'B' ataupun 'C'. Suara hati dia mahu 'B' tahu bahawa dia sudah tidak lagi sukakan 'C'. Sekarang dia cuma perlukan 'B'. Dia perlukan 'B' 24 jam untuk menjaga dia sepanjang ekspedisi. Dan 'A' mahu 'B' tahu bahawa 24 jam dia merisaukan 'B' dan bukannya 'C'. Namun semua itu, hanya boleh disimpan di dalam hati. Tidak dapat diluahkan kerana 'B' sudah dimiliki orang.

Setiap saat 'A' mahu 'B' tahu yang 'C' cuma kawan baginya. Dan tidak lagi seistimewa dulu. 'B' lah yang istimewa untuknya walaupun kadang-kadang keadaan 'B' yang selalu buat 'A' risau. Kadang-kadang, 'A' merasakan dirinya such a fool. Tak sangka dia akan ada or mengalami perasaan macam tu. Dan sampai sekarang dia masih lagi tak dapat melupakan perasaannya. Dia mengharap dia dapat melupakan perasaan itu tak lama lagi.

to be continued.....

P/S: Aku tak tahu apa ending cerita ni...so nanti kalau aku dah tahu apa yang akan jadi dekat 'A' aku update lagi ek cerita ni...

Saturday, June 12, 2010

The Perfect Boyfriend!!!...kisah pencarian lelaki sempurna....

Storynya bermula....


Kebelakangan ini, makin banyak masa aku habiskan dengan surfing internet. Kerana ada satu kejadian yang masih aku tak dapat lupakan, walaupun perkara tu dah terjadi sebulan yang lepas. Kawan karib...Aku memang kurang kawan karib. Kawan lelaki lagi la. Boleh dikata kan tak ada cuz semua tak boleh 'ngam' dengan aku.

Oleh itu, segala kesedihan dan kegembiraan aku kongsi dengan pal net aku yang paling istimewa iaitu nicknamenya Sky [langit]. Aku pula sebagai Strawberry.

Di dalam chatting...

Strawberry: Sky, kau tahu tak kenapa aku rasa sedih...?

Sky: Kenapa Strawberry?

Strawberry: Bila aku tutup mata aje pasti wajah 'dia' pasti bermain dalam ingatan aku.


Aku rasa serba salah, sebab selama ini ape yang aku fikirkan hanyalah untuk mencari kesempurnaan. Sampaikan nak cari boyfriend pun kena yang perfect.

Sebulan yang lepas,akhirnya dia yang aku cari selama ini muncul di depan mata aku setiap hari setiap masa. Aku fikir dialah lelaki yang paling sempurna untuk aku. Pertama kali aku memandangnya, ketika itu dia sedang bermain basketball sambil memakai t-shirt dengan favourite number aku; #4.


So Cool... Orangnya tinggi dan nampak sporting.Saat itu aku sedar bahawa dia la yang perfect boyfriend yang aku cari-cari selama ini.


Sky: Kau tak ada tegur dia ke?


Strawberry: Tak ada tapi tanpa aku duga...

Pada hari yang sama, ketika aku ke kedai buku mencari novel...Dia pun ada kat dalam kedai tu. Aku memang tak sangka akan bertemu dengan dia lagi. Kali ini begitu dekat pula tu..Dia memang hensem...Nampaknya, dia bukan saja sporting malah juga berilmu juga. Aku dapat rasakan dia ada ciri-ciri yang aku cari selama ini. Semakin aku fikirkan perkara ini, semakin perasaan aku membuak-buak untuk memandang dan mendekatinya. Pada hari itu, dengan beraninya aku cuba berdiri di sebelah dia... aku pandang dia... tapi dia sedikit pun tak perasan aku.


Sky: Jangan cakap kau dah jatuh cinta dengan begitu mudah sekali...Apa yang kau nampak tu hanyalah sifat luarannya sahaja.


Strawberry: Dah tentu la aku tahu perkara tu..Tapi sekurang-kurangnya sifat luaran yang aku nampak padanya lebih baik daripada mana-mana lelaki. Bukankah sifat luaran tu sedikit sebanyak mencerminkan sifat dalaman seseorang tu?...tapi..tapi...


Sky: Tapi apa?


Strawberry: Dan sekali lagi, dengan tak diduga...aku bertemu dengannya tanpa saling kenal mengenal...tanpa tahu di mana dia berada... aku bertemunya lagi di kafe...aku terdengar ada bermain piano...sedap dan merdu sungguh lagunya... aku masuk ke dalam untuk melihat siapa yang bermain piano itu...rupanya...


Sky: Rupanya ape?


Strawberry:Rupanya dia la yang main lagu tu...Ya Allah! Kenapa dia...? Kenapa semua ini berlaku pada aku secara tiba-tiba? Tapi aku percaya, ni semua telah ditentukan oleh takdir. Petang tu seolah-olah tak ada orang lain dalam kafe tu... hanya aku dan dia...dan lagu yang dia mainkan...perasaan aku tersentuh...


Untuk pertama kalinya, aku tak dapat mengawal perasaan aku untuk berkenalan dengan lelaki sepertinya. Aku tak berani untuk meletakkan harapan terlalu tinggi. Cuma aku nak berkenalan dengannya. Sekadar kawan pun sudah mencukupi.


Jadi, keesokkan harinya, aku ke kedai buku itu lagi...Seperti yang dijangkakan...dia ada di situ..


Aku terlanggar dia..aku mintak maaf dengan dia...tapi sepatah pun dia tak cakap apa-apa...Aku tanya dia " Maaf, selalu datang sini ke?" Aku sendiri tak faham kenapa aku bertanyakan soalan tu.Entahla... pada masa tu aku cuma nak dia jawab soalan aku jer...

Dia senyum je... tak jawab pun soalan aku.

Huh? Dia pun nak pergi dari situ...tapi sebelum tu aku menarik tangan dia..Aku tak berpuas hati kerana dia masih belum menjawab soalan aku.


Aku katakan kepada dia.." awak tak jawab lagi soalan saya.." tapi jawapannya tetap sama...Jadi aku tengking dia. " Apasal awak ni sombong sangat? Saya cuma nak berkawan...


Tiba-tiba ada suara yang aku dengar...


"Sorry...Sorry kak, kawan saya ni tak boleh bercakap..." kawan dia menerangkan kepada aku situasi sebenarnya..

"Apa?!! Bisu?!!...

Oh, tidak...! Pada masa tu aku tergamam bila dapat tahu perkara yang sebenar. Entah mengapa, aku rasa tertipu... sejak kali pertama aku ternampak dia hinggalah saat itu, aku ditipu...Aku rasa sedih dan ingin menangis. Mengapa?!! It's a joke...

Tidak! Apa yang aku dah lakukan ?!!

Aku betul-betul tak dapat terima kenyataan...kenapa lelaki yang begitu baik adalah seorang yang bisu...?Tak dapat dibayangkan camner aku boleh jatuh cinta dengan lelaki yang tak boleh bercakap....

Tapi selepas itu, aku sedar kesilapan aku.aku telah menyakitkan hati dia hari tu. Tapi aku takkan dapat minta maaf dengan dia kerana sejak kejadian tu aku tak pernah nampak dia lagi.. walaupun kat tempat-tempat yang dia selalu pergi sebelum ini...

Sky: Eh, kau menangis ke?...Aku rasa... tolong la jangan menangis...Tak ada siapa yang minta perkara macam ni terjadi...

Sky, aku rasa cuma kau je faham perasaan aku...aku tak perlukan seorang boyfriend buat masa sekarang ni. Ada kawan macam kau pun dah cukup. Aku berkata dalam hati.


Sky: Jangan susah hati kay...masih belum terlambat untuk kau sedar kesilapan yang dah kau lakukan; asalkan kau nak mengaku salah dan minta maaf. Satu hari nanti kau akan jumpa juga dengan dia....tapi jangan lupa minta maaf pula. Aku percaya dia akan maafkan kau.

­­-Chatting The END­-

Akhirnya setelah sebulan aku berkawan dengan Sky, kami pun mengambil keputusan untuk berjumpa. Lagipun, lebih baik bertemu muka daripada bersembang dalam internet. Pada aku diala satu-satunya kawan yang aku ada. Jadi untuk pertemuan pertama, kami berjanji untuk memakai jeans...

Tiba-tiba, aku ternampak....lelaki yang pernah aku lukai dulu....sebulan yang lalu...dia memakai jeans seperti aku...apakah dia Sky?

Orang yang selama ini aku berkongsi masalah aku...suka duka aku....

Oh!! tak mungkin...!!!

Kenapa? Adakah aku bermimpi? Tidak, ini bukan satu mimpi...

Airmata aku hampir menitis dan tak dapat dikawal lagi...

bila aku difikirkan bagaimana aku layan dia semenjak dia jadi kawan baik aku....Ya! Aku janji nak cakap...

"Sorry..." Akhirnya dapat juga aku mintak maaf. Mata dia mengatakan dia dah maafkan aku.

Baru sekarang aku sedar yang dia tak 'bisu'. Pada aku, dia adalah insan yang sempurna. Dia boleh bercakap tapi hanya dengan aku...dan kami sebenarnya dah lama 'bercakap'

Oh! Semua ini hanya satu permainan...permainan takdir....

Dan ketika ini kami saling berpelukan... sangat rapat...dan sungguh menghangatkan...aku dapat rasakan...seandainya saat ini bisa berkekalan selamanya...namun waktu tak dapat berhenti...

Terima Kasih Ya Allah di atas takdir yang kau tentukan ini....

-The END-

Cerita Dunia Maya??? Aku dalam cerita aku???

Okay!!..Yup...Entry cerita karangan aku kembali ke dunia maya ni...hahaha..

Cerita kali ni aku akan ceritakan seolah-olah aku watak dalam ni.

Watak dalam ni bukan aku tau. Memang tak sama langsung.

Nnt aku komen pasal cerita ni lepas aku dah publish t.

Maybe kat entry seterusnya ke, okay?

ENJOY!!!!

Friday, June 11, 2010

" Cinta Si Tomboy "

Adriana baru habis waktu persekolahannya dan singgah ke kedai runcit untuk membeli barang yang wajib dicarinya selepas pulang dari sekolah.

Di hadapan pintu pagar sekolah,

" ishk! Hujan lagi..." kata Hakimi.

"Hakimi?!" panggil Adriana apabila ternampak Hakimi.

"Eh, Adriana! Aku salah anggap ke? Adakah dia tunggu aku nak balik bersama? Atau mungkin dia dah faham perasaan aku selama inidan nak meluahkan perasaannya dalam hujan yang sebegitu romantik ni.Eh, buang payung pulak...kenapa dia ni? Oh ya! Mungkin...dia nak peluk aku kot?! Tapi apasal lain macam jer..." Hakimi berkata dalam hati dengan tingkah laku Adriana gadis idamannya yang dah lama menjadi tumpuannya.

"Nah, ambik kau flying kick aku. Bodoh engkau!! Mampusla kau!!" kata Adriana sambil meneruskan aksi 'flying kick' nya untuk membelasah Hakimi.

Memang parah Hakimi dibelasah oleh Adriana. Dengan cepat Hakimi cuba untuk menenangkan kemarahan Adriana.

"Weii sabar! Dengar dulu saya nak cakap!...Errr!.." belum sempat nak dijelaskan kepada Adriana. Hakimi sudahpun ditambah lebam dimukanya oleh Adriana.

Perangai Adriana memang tak ubah macam lelaki. Asyik nak bertumbuk je walaupun masalah kecil. Adriana seorang gadis yang susah nak di bawa berbincang. Memang liat untuk dinasihati. Namun , perangainya itu tidak pernah disalahgunakan. Dia tak pernah ada rekod masalah disiplin. Memang dia suka bergaduh tapi bergaduh untuk menegakkan kebenaran, maruah keluarga, kawan-kawan, dan diri sendiri.

" Tak payah dengar, sebab aku taknak dengar pun!! Berani kau cabar aku!!. Nak kenakan aku? Kau ingat Hari Jadi kau, aku tak berani nak pukul kau? Kau dengar sini, aku tak amik kisah yang kau ni melawak ke serious ke. Aku takkan benarkan kau menyintai aku. Besok kalau aku nampak muka kau lagi, kau tahu la nasib kau. Sleep time bebeh!!!" Adriana menghabiskan rencananya untuk menghentikan Hakimi daripada terus menyintainya dan seterusnya memberi amaran.

Pada waktu rehat di sekolah siang tadi.Di dalam kelas...ini la yang berlaku....

"Oii! Hari Jadi kau kali ini apa plan kau? Apa wish kau kali ni?" tanya salah seorang kawan Hakimi, Azri kepada birthday boy, Hakimi.

Kawannya Pian menjawab selamba." Aku tahu apa wish dia, sure macam dulu nak dapat awek idaman dia la."

Kawan-kawannya yang lain bertanya," siapa awek yang kau idam sangat tu?"

Hakimi menjawab," Perempuan idaman aku tu dah lama muncul dalam hidup aku. Dia mempunyai kebijaksanaan, berani, cute, dan banyak lagi sifat yang perfect ada pada dia. Semua sifat awek idaman aku tu ada pada diri Adriana.

Ha! Ha! Ha! Ha!.....

Seluruh kelas riuh rendah dengan gelak tawa setelah mereka mendengar nama Adriana sebagai gadis idaman jejaka kacak dan paling popular di sekolah.

"Adriana ke? Kau buat lawak sarkas ke wei? Ha! Ha!

" Aku ingat siapa la awek tu. Rupanya si minah tomboy tu yang kau gilakan. Ha! Ha! Kau minat dia sebab dia ada silat yerk? So, boleh la dia protect kau la nanti kan? Habis la kalau kau jadi balak dia nanti. Sure kena torture kaw kaw punye. Jadi tongong je la kau nanti. Ha! Ha! Ha!.Fuhh!! Terer tul la citarasa kau. Tak sangka kau boleh jatuh cinta ngan awek yang leh membuatkan kau cacat seumur hidup!!.

Selepas peristiwa pada waktu rehat itu, Adriana telah keluar dari kelas dengan marahnya. Mungkin kerana gelak tawa dari rakan-rakan Hakimi yang membuatkan dia malu.

Flashback abih...

"Eh, Hakimi!! Laaa! Sampai pengsan dalam tong sampah dikerjakan? Melampau betul Adriana tuh!" Ruby yang juga rakan sekelas kepada Hakimi dan Adriana terkejut melihat Hakimi yang telah pengsan di dalam keadaan basah kuyup setelah dibelasah Adriana.

"Habislah sekarang. Kau cakap kalau aku terus terang kat dalam kelas, dia sure terharu punye. Tapi lain pulak yang jadi. Sekarang habuk pun takde, dia dah benci tengok muka aku lagi." Hakimi dengan penuh penyesalan meluahkan perasaannya di dalam kelas siang tadi.

" Ala, Hakimi. Mane la aku tahu semua tu nak jadi. Aku pun tak sangka bebudak kelas kecoh sampai macam tu sekali. Siapa pun akan bengang kalau kena gelak macam tu wei." Ruby yang rasa bersalah dengan apa yang di cadangkan.

"He! He! Tapi tadi memang best gila siot! Masa dia marah tu kan, fuyyooo...cun habis siot!! Dari cara dia belasah aku lak macam heroin dalam Charlie's Angels tu." Hakimi yang sedang angau dilamun cinta sampai tak pernah merasa sakit dibelasah oleh Alyssa.

"Hah!! Kau kawan baik dia kan? Sure kau tahu apa hobi dia kan?" tanya Hakimi kepada Ruby.

" Tak berapa tahu la tapi kau boleh curi-curi ikut dia, nengok mana dia pergi." jawab Ruby sambil memberi cadangan untuk menyatukan Hakimi dan Adriana.

" Ermmm, Okay cun! Mulai esok aku akan jalankan operasi baru.Oh! Adriana ku sayang!!” kata Hakimi sebagai tanda dia setuju dengan plan Ruby.

Keesokan harinya...

Hakimi melakukan apa yang dicadangkan oleh Ruby demi mendapatkan cinta Adriana.

"He! He! Intipan James Bond baru bermula." kata Hakimi dalam hati sambil senyum sinis mengikut ke mana saja jejak kaki Adriana melangkah.

Hakimi nampak Adriana berhenti di kedai haiwan peliharaan untuk bermain dengan kucing yang ada di kedai itu.

Dan Hakimi berkata di dalam hati," Oooo...dia suke kucing rupanya."

Tanpa dia sedar bahawa misi jejak dia dah pun di'bau' oleh Adriana.

" Ermmm... biar dia ikut aku masuk lorong ni, pastu tahu la aku ajar." kata Adriana dalam hati.

Dia pun berjalan memasuki lorong kecil dengan harapan dapat memberi pengajaran kepada Hakimi yang daripada tadi mengekorinya.

"Hah!! Berani kau cuba intip aku!!" kata Adriana namun, wajahnya berubah terkejut apabila melihat bukan Hakimi yang dilihatnya bersamanya di lorong tersebut.

" Oppss!!! Sorry salah orang. Aik mana mamat tu? Bukan mamat tu ke yang ikut aku daripada tadi." kata Adriana dalam hati.

Orang yang dilihatnya bukanlah Hakimi tapi seorang budak yang tak dikenali dan seorang yang begitu mencurigakan.

“Siapa la pulak mamat ni? Dah la tak hensem. Aduh penatlah aku hari ni kena belasah orang lagi.” Kata Adriana dalam hatinya.

"Oh!! Rupanya selama ni kamu memang dah lama perasan yang saya selalu tengok awak. Tak sangka awak pun sukakan saya rupanya. Saya janji saya akan mencintai awak sepenuh hati saya" kata mamat yang tak dikenali itu.

Adriana cuba mempertahankan dirinya," siapa suka kau? Jangan ambik kesempatan nak pegang-pegang aku!!" kata Adriana.

"Saya dapat rasakan perasaan cinta antara kita sedang bergelora apabila tangan lembut awak tu menyentuh muka saya. He He He...terima kasih..." kata lelaki tu.

Tiba-tiba , Hakimi datang di lorong itu.

"Woi!! Apa yang kau buat tu?" jerit Hakimi.

Adriana pula sibuk menguruskan lelaki tak guna tu tanpa menghiraukan kehadiran Hakimi.

Hakimi terjatuh kerana dihempap oleh badan lelaki tadi yang jatuh akibat tendangan daripada Adriana. Apabila lelaki itu mahu mendapatkan Adriana, Hakimi menarik kaki lelaki itu supaya Adriana dapat melarikan diri.

" Adriana, pergi!! Lari cepat!! Dia dah tak boleh gerak lagi ni. Tolong lari cepat!! Saya takkan benarkan budak muka buruk ni usik awak lagi. Pergi!!!!" jerit Hakimi berusaha untuk menyelamat Adriana.

Namun lelaki itu memijak kepala Hakimi.

Perlakuan yang dilakukan lelaki itu memang menaikkan darah Adriana kerana dia tak boleh tengok kawannya dihina seperti itu apatah lagi lelaki yang menyintainya dan sudah berusaha untuk menyelamatkan dia.

" Oit!! Cis!! Berani kau pijak kepala balak aku!!" setelah selesai membelasah lelaki itu, Adriana terus membawa Hakimi untuk menyelamatkan diri dari situ.

Hakimi pula masih tertanya kebenaran apa betul apa yang dia baru dengar tadi.

" Berani kau pijak kepala 'balak' aku..??? betul ke apa yang aku dengar tadi? He! He! Aku boleh rasa yang dia dah boleh menerima cinta aku terhadap dia." kata Hakimi di dalam hati.

" Banyaknya darah keluar…rasa macam...macam nak pengsan.." kata Hakimi jatuh longlai di atas kaki lima.

Adriana risau sambil menyahut," Hakimi, bangun Hakimi, Bangun". Dalam usaha Adriana nak membangunkan Hakimi yang pengsan itu. Rupanya Hakimi masih sedarkan diri dan cuba untuk memeluk Adriana.

Tibe-tibe...

"Eh!! Apa yang korang buat kat sini?" ruby bertanya.

Adriana terkejut lalu menolak Hakimi. Lalu Hakimi jatuh ke bawah tebing di tepi jalan. Adriana tak menyangka yang dia telah menolak Hakimi kerana malu terhadap Ruby.

Kemudian, dia menjalankan aktiviti biasanya yang sentiasa menyelamat Hakimi tapi kini sebagai heroin miliknya.

-The END-