CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 4, 2010

aku tak faham!!!

kenapa kadang2 persahabatan tu dipermainkan...???sedangkan bukan senang sebuah persahabatan tu nak wujud...
apa yang aku belajar setiap persahabatan memerlukan kepercayaan, kejujuran dan sikap saling menghargai....

makin lama aku menjalani hidup aku sebagai remaja, semakin aku rasa kerdil dalam dunia ni...aku tak faham kenapa masih ada orang yang berperangai macam budak-budak dalam persahabatan...
persahabatan itu untuk dikongsi...semakin ramai dalam persahabatan itu, semakin indah hubungan mereka...

aku fikir, waktu sekolah sahaja ada masalah "batu api", masalah fitnah-menfitnah, masalah yang kecil yang diperbesarkan dan ditokok tambahkan...rupanya, semakin banyak pula benda tu terjadi...dekat U pun ada...memang susah nak faham apa yang orang lain nak...

buat sahabat yang telah menceriakan hidup aku, terima kasih di atas segala perjuangan yang kita sama-sama hadapi...AKU SAYANG KORANG SEMUA!!!!

untuk mendapatkan teman, bukan lah asal dari simpati...bukan asal dari fitnah, bukan dari hasad dengki...aku pelik kat sekeliling aku still lagi ada yang mendapatkan teman dengan hasad dengki, dengan fitnah, tagih simpati...janganlah kamu membuat hubungan orang lain terputus, gara-gara niat jahatmu, kerana suatu hari mereka akan meninggalkanmu dengan dendam...

janganlah kalian mencemburui seandainya mereka rapat dan meninggalkan kamu sendirian,
namun doakan hubungan mereka berkekalan sehingga ke akhir perjuangan mereka....

0 comments:

Post a Comment