CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 14, 2010

[T]ak [P]asti [K]esudahannya...!!!!

'A' dah lama suka dekat 'C', sebab dia tertarik dengan 'C' yang sikapnya bijak, mcm org berilmu, responsible, setia dan boleh dikatakan hensem la. Tapi hensem tu kan sifat luaran. Setiap sifat luaran tu ada kelebihan dan ada kekurangan. dan bagi 'A', 'C' adalah orang yang pertama menarik perhatiannya sejak dia menjejakkan kaki ke kampusnya. Namun dalam dia terpaksa mendiamkan diri, kerana dia percaya bahawa orang yang berpakej lengkap seperti 'C' tak mungkin belum berpunya.

Memang sejak lepasan kolej, 'A' tidak lagi berani seperti dulu dalam mencari cinta. Kalau dahulu, memang dia yakin untuk meluahkan. Namun kini, perasaan tidak lagi berkeyakinan. Seolah-olah telah berputus asa dengan segala macam perjalanan hidup dia mencari cinta. Walaupun begitu, 'A' masih meneruskan memendamkan perasaannya dalam bentuk harapan. Dia telah berhajat semasa menyambut ulang tahunnya yang ke 20 tahun. 'A' berharap dia akan bertemu jodoh dengan lelaki yang diimpikan selama ini. Bukanlah terdesak untuk memiliki jodoh, namun cuma berharap dapat merasa cinta yang berbalas dan bukan lagi cinta yang bertepuk sebelah tangan seperti dahulu.

Semasa di kampus, 'A' hanya dapat melihat 'C' dari jauh sama seperti sewaktu mereka di kolej. Ya, mereka satu kolej dahulu, dan kini mereka menuntut ilmu di menara gading yang sama. 'A' tak pernah menyangka orang yang selama ini pernah terserempak dengannya di kolej akan bertemu di sini. Apatah lagi satu kursus. Mereka tidak pernah berbual kalau ada pun 'C' cuma bertanya tentang persoalan yang dia tak pasti. Itupun telah membahagiakan 'A'. Namun dalam 'A' merasakan kebahagiaan itu, dia tahu bahawa dia tidak mungkin dapat memiliki 'C'. Dan angan-angan itu jauh sekali dari harapan dia.

Dalam perjalanan menanti dan mengharapkan 'C', 'A' berkawan dengan 'B'. Dia gembira berkawan dengan 'B' dan dia boleh jadi diri sendiri dengan 'B'. Gelak tawa yang biasanya mereka kongsi bersama. Kalau diulang kembali kisah kali pertama mereka serasi memang menggelikan hati. Sejak hari itulah mereka mengenali antara satu sama lain. Namun kehadiran 'B' ketika itu belum lagi mengubah tempat 'C' di hati 'A'. 'A' belum nampak kepentingan 'B' buat dirinya. Dia selalu menidakkan apa yang digosipkan oleh kawan-kawannya. Pada 'A', mungkin persahabatan dia dan 'B' adalah lebih penting daripada berubah menjadi cinta apatah lagi 'B' itu satu-satunya kawan lelaki yang rapat dengan dia. Tak mungkin dia nak merosakkan hubungan persahabatan macam tu saja. Lagipun 'B' pun sudah berpunya. Dia baru sahaja memiliki gadis yang selama ini dia perlukan. Tak mungkin 'A' akan memusnahkan hubungan mereka.

Sampailah suatu ketika, 'A' mengetahui bahawa 'C' telah pun dimiliki dan dia terlalu setia dengan kekasihnya sehinggakan tidak dapat menguruskan diri dengan baik seandainya dia kehilangan kekasihnya itu. Dan akhirnya 'A' telah pun berputus asa terhadap 'C'. Padanya, tidak berguna seandainya dia masih mengharapkan orang yang terlalu setia. Apabila dia mendengar cerita daripada kawan-kawannya tentang percintaan 'C'. Dia merasa seolah-olah tidak ada harapan langsung untuknya memenangi hati 'C'. Apatah lagi, seandainya dia langsung tidak menganggap 'A' wujud di hadapannya.

Setelah itu, hati 'A' kosong. Tiada siapa yang dapat menarik perhatiannya sejak saat dia melepaskan 'C' jauh-jauh melainkan Hamba-hamba Allah yang berlainan bangsa dan agama dengannya. 'A' memang mudah terpaut dengan jejaka-jejaka Cina. Namun, jauh bezanya. Macam langit dengan bumilah jawabnya. Orang Melayu pun dia tak dapat inikan pula nak bercinta dengan orang Cina. Mustahillah.

Pada suatu hari, 'B' mengalami masalah dengan kawan-kawannya. 'A' susah hati melihat 'B' yang tak mahu senyum dan sentiasa muram semasa kuliah. Dia cuba menasihatinya sebagai kawan. Tapi 'A' tahu bahawa 'B' tabah orangnya dan tak mungkin dia mudah untuk putus asa. Sebenarnya, pada saat itulah, 'A' sudahpun merasa bibit manis perasaannya. Namun hati dia yang menafikan bahawa dia dah pun suka dengan 'B'. 'A' terus menafikan kata hatinya sehinggakan kawan-kawannya sudahpun berhenti bergosip tentang mereka berdua.

Pada saat itu, 'A' mula merasakan seolah ada yang tak lengkap dalam tabiat sehariannya. Gosip itu. Gosip itu yang yang sentiasa buat dia tersenyum dan ketawa. Namun, merasakan ketidaklengkapan itu belum menyedarkan 'A' tentang perasaannya. Dia masih lagi tidak kisah dengan semua itu. Dia masih menjalani hidupnya seharian dengan normal. No Love.

'A', 'B' dan beberapa kawan-kawan mereka yang lain pergi perkhemahan, untuk mewakili persatuan yang mereka sertai di kampus. Semasa perkhemahan itu, ada sedih, ada gembira. Namun baginya pengalaman sebegitu banyak memberikan dia ketenangan dan kegembiraan kerana 'A' suka aktiviti yang berkenaan dengan hutan, gunung dan pokok-pokok. Namun ada juga yang 'A' tak suka, dia benci kerana dia tak dapat kebebasan meng'upload' gambarnya di ruang Facebook. Baginya susah kalau terpaksa bergambar dengan kekasih orang ini.

Setelah pulang dari perkhemahan, masalah itu la yang menjadi punca kemarahan 'A' terhadap 'B'. Sejak itu, dia dah berjanji dia takkan bergambar lagi dengan 'B'. Mana ke tidaknya, buat apa bergambar kalau tak boleh tunjuk kat kawan-kawan dia yang lain. Memang sejak dari itulah, dia tak pernah bergambar berdua-duaan dengan 'B'.

Pada suatu hari, 'A' telah menyedari yang dia telahpun sukakan 'B'. Namun tiada siapa yang tahu tentang perasaannya. Dia cemburu bila 'B' bercakap tentang gadisnya.

Pernah juga 'A' berkata di dalam hati.

"Sepanjang aku sukakan orang tak pernah pula aku cemburu tak tentu pasal macam ni. Apatah lagi boyfriend orang. Ish.Ish.Ish..Mengarut."

"Lagipun tak mungkin dia akan suka aku, sebab dia tahu yang aku sukakan 'C'. Lagipun diakan sayangkan girlfriend dia tu. Siapalah aku ini di matanya dia."

Sampaikan pernah satu saat moodnya tak tentu pasal jadinya bila 'A' fikirkan perasaan dia terhadap 'B' tu. Asyik nak tidur saja 24 jam.

Dia cuba mengawal perasaan itu kerana 'B' sudahpun berpunya. 'A' memang tak suka menganggu hubungan orang lain. Lagipun, dalam hatinya pernah juga berkata yang dia tak layak untuk 'B'. 'B' terlalu baik. Tak mungkin dia layak. Lagipun 'A' tidaklah secantik kekasih 'B'. Dia tetap cuba melupakan perasaannya.

Namun perasaan itu kembali apabila mereka berdua menyertai satu ekspedisi. Apatah lagi yang menyertainya, 'A', 'B' and 'C'. Pelbagai persoalan yang muncul sebelum menyertai ekspedisi tu. Namun dia cuba menutup kedua-dua perasaannya itu, mahupun buat 'B' ataupun 'C'. Suara hati dia mahu 'B' tahu bahawa dia sudah tidak lagi sukakan 'C'. Sekarang dia cuma perlukan 'B'. Dia perlukan 'B' 24 jam untuk menjaga dia sepanjang ekspedisi. Dan 'A' mahu 'B' tahu bahawa 24 jam dia merisaukan 'B' dan bukannya 'C'. Namun semua itu, hanya boleh disimpan di dalam hati. Tidak dapat diluahkan kerana 'B' sudah dimiliki orang.

Setiap saat 'A' mahu 'B' tahu yang 'C' cuma kawan baginya. Dan tidak lagi seistimewa dulu. 'B' lah yang istimewa untuknya walaupun kadang-kadang keadaan 'B' yang selalu buat 'A' risau. Kadang-kadang, 'A' merasakan dirinya such a fool. Tak sangka dia akan ada or mengalami perasaan macam tu. Dan sampai sekarang dia masih lagi tak dapat melupakan perasaannya. Dia mengharap dia dapat melupakan perasaan itu tak lama lagi.

to be continued.....

P/S: Aku tak tahu apa ending cerita ni...so nanti kalau aku dah tahu apa yang akan jadi dekat 'A' aku update lagi ek cerita ni...

0 comments:

Post a Comment