CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, June 20, 2010

Happy Birthday, Oniichan...Kamen Rider Z

Happy Birthday to my Sunbae-nim,

Selamat Ulangtahun yang ke-22 wat Oniichan,

Oit, hepi2 birthday kamen rider Z...
Hope u'll be in ur dreams like u always be...
Its nice to know u before, thanks for being in my life...
Yang Tetap sayang kamu...oniichan...

From Your Dongsaeng [a friend that always burden ur mind...]

Monday, June 14, 2010

[T]ak [P]asti [K]esudahannya...!!!!

'A' dah lama suka dekat 'C', sebab dia tertarik dengan 'C' yang sikapnya bijak, mcm org berilmu, responsible, setia dan boleh dikatakan hensem la. Tapi hensem tu kan sifat luaran. Setiap sifat luaran tu ada kelebihan dan ada kekurangan. dan bagi 'A', 'C' adalah orang yang pertama menarik perhatiannya sejak dia menjejakkan kaki ke kampusnya. Namun dalam dia terpaksa mendiamkan diri, kerana dia percaya bahawa orang yang berpakej lengkap seperti 'C' tak mungkin belum berpunya.

Memang sejak lepasan kolej, 'A' tidak lagi berani seperti dulu dalam mencari cinta. Kalau dahulu, memang dia yakin untuk meluahkan. Namun kini, perasaan tidak lagi berkeyakinan. Seolah-olah telah berputus asa dengan segala macam perjalanan hidup dia mencari cinta. Walaupun begitu, 'A' masih meneruskan memendamkan perasaannya dalam bentuk harapan. Dia telah berhajat semasa menyambut ulang tahunnya yang ke 20 tahun. 'A' berharap dia akan bertemu jodoh dengan lelaki yang diimpikan selama ini. Bukanlah terdesak untuk memiliki jodoh, namun cuma berharap dapat merasa cinta yang berbalas dan bukan lagi cinta yang bertepuk sebelah tangan seperti dahulu.

Semasa di kampus, 'A' hanya dapat melihat 'C' dari jauh sama seperti sewaktu mereka di kolej. Ya, mereka satu kolej dahulu, dan kini mereka menuntut ilmu di menara gading yang sama. 'A' tak pernah menyangka orang yang selama ini pernah terserempak dengannya di kolej akan bertemu di sini. Apatah lagi satu kursus. Mereka tidak pernah berbual kalau ada pun 'C' cuma bertanya tentang persoalan yang dia tak pasti. Itupun telah membahagiakan 'A'. Namun dalam 'A' merasakan kebahagiaan itu, dia tahu bahawa dia tidak mungkin dapat memiliki 'C'. Dan angan-angan itu jauh sekali dari harapan dia.

Dalam perjalanan menanti dan mengharapkan 'C', 'A' berkawan dengan 'B'. Dia gembira berkawan dengan 'B' dan dia boleh jadi diri sendiri dengan 'B'. Gelak tawa yang biasanya mereka kongsi bersama. Kalau diulang kembali kisah kali pertama mereka serasi memang menggelikan hati. Sejak hari itulah mereka mengenali antara satu sama lain. Namun kehadiran 'B' ketika itu belum lagi mengubah tempat 'C' di hati 'A'. 'A' belum nampak kepentingan 'B' buat dirinya. Dia selalu menidakkan apa yang digosipkan oleh kawan-kawannya. Pada 'A', mungkin persahabatan dia dan 'B' adalah lebih penting daripada berubah menjadi cinta apatah lagi 'B' itu satu-satunya kawan lelaki yang rapat dengan dia. Tak mungkin dia nak merosakkan hubungan persahabatan macam tu saja. Lagipun 'B' pun sudah berpunya. Dia baru sahaja memiliki gadis yang selama ini dia perlukan. Tak mungkin 'A' akan memusnahkan hubungan mereka.

Sampailah suatu ketika, 'A' mengetahui bahawa 'C' telah pun dimiliki dan dia terlalu setia dengan kekasihnya sehinggakan tidak dapat menguruskan diri dengan baik seandainya dia kehilangan kekasihnya itu. Dan akhirnya 'A' telah pun berputus asa terhadap 'C'. Padanya, tidak berguna seandainya dia masih mengharapkan orang yang terlalu setia. Apabila dia mendengar cerita daripada kawan-kawannya tentang percintaan 'C'. Dia merasa seolah-olah tidak ada harapan langsung untuknya memenangi hati 'C'. Apatah lagi, seandainya dia langsung tidak menganggap 'A' wujud di hadapannya.

Setelah itu, hati 'A' kosong. Tiada siapa yang dapat menarik perhatiannya sejak saat dia melepaskan 'C' jauh-jauh melainkan Hamba-hamba Allah yang berlainan bangsa dan agama dengannya. 'A' memang mudah terpaut dengan jejaka-jejaka Cina. Namun, jauh bezanya. Macam langit dengan bumilah jawabnya. Orang Melayu pun dia tak dapat inikan pula nak bercinta dengan orang Cina. Mustahillah.

Pada suatu hari, 'B' mengalami masalah dengan kawan-kawannya. 'A' susah hati melihat 'B' yang tak mahu senyum dan sentiasa muram semasa kuliah. Dia cuba menasihatinya sebagai kawan. Tapi 'A' tahu bahawa 'B' tabah orangnya dan tak mungkin dia mudah untuk putus asa. Sebenarnya, pada saat itulah, 'A' sudahpun merasa bibit manis perasaannya. Namun hati dia yang menafikan bahawa dia dah pun suka dengan 'B'. 'A' terus menafikan kata hatinya sehinggakan kawan-kawannya sudahpun berhenti bergosip tentang mereka berdua.

Pada saat itu, 'A' mula merasakan seolah ada yang tak lengkap dalam tabiat sehariannya. Gosip itu. Gosip itu yang yang sentiasa buat dia tersenyum dan ketawa. Namun, merasakan ketidaklengkapan itu belum menyedarkan 'A' tentang perasaannya. Dia masih lagi tidak kisah dengan semua itu. Dia masih menjalani hidupnya seharian dengan normal. No Love.

'A', 'B' dan beberapa kawan-kawan mereka yang lain pergi perkhemahan, untuk mewakili persatuan yang mereka sertai di kampus. Semasa perkhemahan itu, ada sedih, ada gembira. Namun baginya pengalaman sebegitu banyak memberikan dia ketenangan dan kegembiraan kerana 'A' suka aktiviti yang berkenaan dengan hutan, gunung dan pokok-pokok. Namun ada juga yang 'A' tak suka, dia benci kerana dia tak dapat kebebasan meng'upload' gambarnya di ruang Facebook. Baginya susah kalau terpaksa bergambar dengan kekasih orang ini.

Setelah pulang dari perkhemahan, masalah itu la yang menjadi punca kemarahan 'A' terhadap 'B'. Sejak itu, dia dah berjanji dia takkan bergambar lagi dengan 'B'. Mana ke tidaknya, buat apa bergambar kalau tak boleh tunjuk kat kawan-kawan dia yang lain. Memang sejak dari itulah, dia tak pernah bergambar berdua-duaan dengan 'B'.

Pada suatu hari, 'A' telah menyedari yang dia telahpun sukakan 'B'. Namun tiada siapa yang tahu tentang perasaannya. Dia cemburu bila 'B' bercakap tentang gadisnya.

Pernah juga 'A' berkata di dalam hati.

"Sepanjang aku sukakan orang tak pernah pula aku cemburu tak tentu pasal macam ni. Apatah lagi boyfriend orang. Ish.Ish.Ish..Mengarut."

"Lagipun tak mungkin dia akan suka aku, sebab dia tahu yang aku sukakan 'C'. Lagipun diakan sayangkan girlfriend dia tu. Siapalah aku ini di matanya dia."

Sampaikan pernah satu saat moodnya tak tentu pasal jadinya bila 'A' fikirkan perasaan dia terhadap 'B' tu. Asyik nak tidur saja 24 jam.

Dia cuba mengawal perasaan itu kerana 'B' sudahpun berpunya. 'A' memang tak suka menganggu hubungan orang lain. Lagipun, dalam hatinya pernah juga berkata yang dia tak layak untuk 'B'. 'B' terlalu baik. Tak mungkin dia layak. Lagipun 'A' tidaklah secantik kekasih 'B'. Dia tetap cuba melupakan perasaannya.

Namun perasaan itu kembali apabila mereka berdua menyertai satu ekspedisi. Apatah lagi yang menyertainya, 'A', 'B' and 'C'. Pelbagai persoalan yang muncul sebelum menyertai ekspedisi tu. Namun dia cuba menutup kedua-dua perasaannya itu, mahupun buat 'B' ataupun 'C'. Suara hati dia mahu 'B' tahu bahawa dia sudah tidak lagi sukakan 'C'. Sekarang dia cuma perlukan 'B'. Dia perlukan 'B' 24 jam untuk menjaga dia sepanjang ekspedisi. Dan 'A' mahu 'B' tahu bahawa 24 jam dia merisaukan 'B' dan bukannya 'C'. Namun semua itu, hanya boleh disimpan di dalam hati. Tidak dapat diluahkan kerana 'B' sudah dimiliki orang.

Setiap saat 'A' mahu 'B' tahu yang 'C' cuma kawan baginya. Dan tidak lagi seistimewa dulu. 'B' lah yang istimewa untuknya walaupun kadang-kadang keadaan 'B' yang selalu buat 'A' risau. Kadang-kadang, 'A' merasakan dirinya such a fool. Tak sangka dia akan ada or mengalami perasaan macam tu. Dan sampai sekarang dia masih lagi tak dapat melupakan perasaannya. Dia mengharap dia dapat melupakan perasaan itu tak lama lagi.

to be continued.....

P/S: Aku tak tahu apa ending cerita ni...so nanti kalau aku dah tahu apa yang akan jadi dekat 'A' aku update lagi ek cerita ni...

Saturday, June 12, 2010

The Perfect Boyfriend!!!...kisah pencarian lelaki sempurna....

Storynya bermula....


Kebelakangan ini, makin banyak masa aku habiskan dengan surfing internet. Kerana ada satu kejadian yang masih aku tak dapat lupakan, walaupun perkara tu dah terjadi sebulan yang lepas. Kawan karib...Aku memang kurang kawan karib. Kawan lelaki lagi la. Boleh dikata kan tak ada cuz semua tak boleh 'ngam' dengan aku.

Oleh itu, segala kesedihan dan kegembiraan aku kongsi dengan pal net aku yang paling istimewa iaitu nicknamenya Sky [langit]. Aku pula sebagai Strawberry.

Di dalam chatting...

Strawberry: Sky, kau tahu tak kenapa aku rasa sedih...?

Sky: Kenapa Strawberry?

Strawberry: Bila aku tutup mata aje pasti wajah 'dia' pasti bermain dalam ingatan aku.


Aku rasa serba salah, sebab selama ini ape yang aku fikirkan hanyalah untuk mencari kesempurnaan. Sampaikan nak cari boyfriend pun kena yang perfect.

Sebulan yang lepas,akhirnya dia yang aku cari selama ini muncul di depan mata aku setiap hari setiap masa. Aku fikir dialah lelaki yang paling sempurna untuk aku. Pertama kali aku memandangnya, ketika itu dia sedang bermain basketball sambil memakai t-shirt dengan favourite number aku; #4.


So Cool... Orangnya tinggi dan nampak sporting.Saat itu aku sedar bahawa dia la yang perfect boyfriend yang aku cari-cari selama ini.


Sky: Kau tak ada tegur dia ke?


Strawberry: Tak ada tapi tanpa aku duga...

Pada hari yang sama, ketika aku ke kedai buku mencari novel...Dia pun ada kat dalam kedai tu. Aku memang tak sangka akan bertemu dengan dia lagi. Kali ini begitu dekat pula tu..Dia memang hensem...Nampaknya, dia bukan saja sporting malah juga berilmu juga. Aku dapat rasakan dia ada ciri-ciri yang aku cari selama ini. Semakin aku fikirkan perkara ini, semakin perasaan aku membuak-buak untuk memandang dan mendekatinya. Pada hari itu, dengan beraninya aku cuba berdiri di sebelah dia... aku pandang dia... tapi dia sedikit pun tak perasan aku.


Sky: Jangan cakap kau dah jatuh cinta dengan begitu mudah sekali...Apa yang kau nampak tu hanyalah sifat luarannya sahaja.


Strawberry: Dah tentu la aku tahu perkara tu..Tapi sekurang-kurangnya sifat luaran yang aku nampak padanya lebih baik daripada mana-mana lelaki. Bukankah sifat luaran tu sedikit sebanyak mencerminkan sifat dalaman seseorang tu?...tapi..tapi...


Sky: Tapi apa?


Strawberry: Dan sekali lagi, dengan tak diduga...aku bertemu dengannya tanpa saling kenal mengenal...tanpa tahu di mana dia berada... aku bertemunya lagi di kafe...aku terdengar ada bermain piano...sedap dan merdu sungguh lagunya... aku masuk ke dalam untuk melihat siapa yang bermain piano itu...rupanya...


Sky: Rupanya ape?


Strawberry:Rupanya dia la yang main lagu tu...Ya Allah! Kenapa dia...? Kenapa semua ini berlaku pada aku secara tiba-tiba? Tapi aku percaya, ni semua telah ditentukan oleh takdir. Petang tu seolah-olah tak ada orang lain dalam kafe tu... hanya aku dan dia...dan lagu yang dia mainkan...perasaan aku tersentuh...


Untuk pertama kalinya, aku tak dapat mengawal perasaan aku untuk berkenalan dengan lelaki sepertinya. Aku tak berani untuk meletakkan harapan terlalu tinggi. Cuma aku nak berkenalan dengannya. Sekadar kawan pun sudah mencukupi.


Jadi, keesokkan harinya, aku ke kedai buku itu lagi...Seperti yang dijangkakan...dia ada di situ..


Aku terlanggar dia..aku mintak maaf dengan dia...tapi sepatah pun dia tak cakap apa-apa...Aku tanya dia " Maaf, selalu datang sini ke?" Aku sendiri tak faham kenapa aku bertanyakan soalan tu.Entahla... pada masa tu aku cuma nak dia jawab soalan aku jer...

Dia senyum je... tak jawab pun soalan aku.

Huh? Dia pun nak pergi dari situ...tapi sebelum tu aku menarik tangan dia..Aku tak berpuas hati kerana dia masih belum menjawab soalan aku.


Aku katakan kepada dia.." awak tak jawab lagi soalan saya.." tapi jawapannya tetap sama...Jadi aku tengking dia. " Apasal awak ni sombong sangat? Saya cuma nak berkawan...


Tiba-tiba ada suara yang aku dengar...


"Sorry...Sorry kak, kawan saya ni tak boleh bercakap..." kawan dia menerangkan kepada aku situasi sebenarnya..

"Apa?!! Bisu?!!...

Oh, tidak...! Pada masa tu aku tergamam bila dapat tahu perkara yang sebenar. Entah mengapa, aku rasa tertipu... sejak kali pertama aku ternampak dia hinggalah saat itu, aku ditipu...Aku rasa sedih dan ingin menangis. Mengapa?!! It's a joke...

Tidak! Apa yang aku dah lakukan ?!!

Aku betul-betul tak dapat terima kenyataan...kenapa lelaki yang begitu baik adalah seorang yang bisu...?Tak dapat dibayangkan camner aku boleh jatuh cinta dengan lelaki yang tak boleh bercakap....

Tapi selepas itu, aku sedar kesilapan aku.aku telah menyakitkan hati dia hari tu. Tapi aku takkan dapat minta maaf dengan dia kerana sejak kejadian tu aku tak pernah nampak dia lagi.. walaupun kat tempat-tempat yang dia selalu pergi sebelum ini...

Sky: Eh, kau menangis ke?...Aku rasa... tolong la jangan menangis...Tak ada siapa yang minta perkara macam ni terjadi...

Sky, aku rasa cuma kau je faham perasaan aku...aku tak perlukan seorang boyfriend buat masa sekarang ni. Ada kawan macam kau pun dah cukup. Aku berkata dalam hati.


Sky: Jangan susah hati kay...masih belum terlambat untuk kau sedar kesilapan yang dah kau lakukan; asalkan kau nak mengaku salah dan minta maaf. Satu hari nanti kau akan jumpa juga dengan dia....tapi jangan lupa minta maaf pula. Aku percaya dia akan maafkan kau.

­­-Chatting The END­-

Akhirnya setelah sebulan aku berkawan dengan Sky, kami pun mengambil keputusan untuk berjumpa. Lagipun, lebih baik bertemu muka daripada bersembang dalam internet. Pada aku diala satu-satunya kawan yang aku ada. Jadi untuk pertemuan pertama, kami berjanji untuk memakai jeans...

Tiba-tiba, aku ternampak....lelaki yang pernah aku lukai dulu....sebulan yang lalu...dia memakai jeans seperti aku...apakah dia Sky?

Orang yang selama ini aku berkongsi masalah aku...suka duka aku....

Oh!! tak mungkin...!!!

Kenapa? Adakah aku bermimpi? Tidak, ini bukan satu mimpi...

Airmata aku hampir menitis dan tak dapat dikawal lagi...

bila aku difikirkan bagaimana aku layan dia semenjak dia jadi kawan baik aku....Ya! Aku janji nak cakap...

"Sorry..." Akhirnya dapat juga aku mintak maaf. Mata dia mengatakan dia dah maafkan aku.

Baru sekarang aku sedar yang dia tak 'bisu'. Pada aku, dia adalah insan yang sempurna. Dia boleh bercakap tapi hanya dengan aku...dan kami sebenarnya dah lama 'bercakap'

Oh! Semua ini hanya satu permainan...permainan takdir....

Dan ketika ini kami saling berpelukan... sangat rapat...dan sungguh menghangatkan...aku dapat rasakan...seandainya saat ini bisa berkekalan selamanya...namun waktu tak dapat berhenti...

Terima Kasih Ya Allah di atas takdir yang kau tentukan ini....

-The END-

Cerita Dunia Maya??? Aku dalam cerita aku???

Okay!!..Yup...Entry cerita karangan aku kembali ke dunia maya ni...hahaha..

Cerita kali ni aku akan ceritakan seolah-olah aku watak dalam ni.

Watak dalam ni bukan aku tau. Memang tak sama langsung.

Nnt aku komen pasal cerita ni lepas aku dah publish t.

Maybe kat entry seterusnya ke, okay?

ENJOY!!!!

Friday, June 11, 2010

" Cinta Si Tomboy "

Adriana baru habis waktu persekolahannya dan singgah ke kedai runcit untuk membeli barang yang wajib dicarinya selepas pulang dari sekolah.

Di hadapan pintu pagar sekolah,

" ishk! Hujan lagi..." kata Hakimi.

"Hakimi?!" panggil Adriana apabila ternampak Hakimi.

"Eh, Adriana! Aku salah anggap ke? Adakah dia tunggu aku nak balik bersama? Atau mungkin dia dah faham perasaan aku selama inidan nak meluahkan perasaannya dalam hujan yang sebegitu romantik ni.Eh, buang payung pulak...kenapa dia ni? Oh ya! Mungkin...dia nak peluk aku kot?! Tapi apasal lain macam jer..." Hakimi berkata dalam hati dengan tingkah laku Adriana gadis idamannya yang dah lama menjadi tumpuannya.

"Nah, ambik kau flying kick aku. Bodoh engkau!! Mampusla kau!!" kata Adriana sambil meneruskan aksi 'flying kick' nya untuk membelasah Hakimi.

Memang parah Hakimi dibelasah oleh Adriana. Dengan cepat Hakimi cuba untuk menenangkan kemarahan Adriana.

"Weii sabar! Dengar dulu saya nak cakap!...Errr!.." belum sempat nak dijelaskan kepada Adriana. Hakimi sudahpun ditambah lebam dimukanya oleh Adriana.

Perangai Adriana memang tak ubah macam lelaki. Asyik nak bertumbuk je walaupun masalah kecil. Adriana seorang gadis yang susah nak di bawa berbincang. Memang liat untuk dinasihati. Namun , perangainya itu tidak pernah disalahgunakan. Dia tak pernah ada rekod masalah disiplin. Memang dia suka bergaduh tapi bergaduh untuk menegakkan kebenaran, maruah keluarga, kawan-kawan, dan diri sendiri.

" Tak payah dengar, sebab aku taknak dengar pun!! Berani kau cabar aku!!. Nak kenakan aku? Kau ingat Hari Jadi kau, aku tak berani nak pukul kau? Kau dengar sini, aku tak amik kisah yang kau ni melawak ke serious ke. Aku takkan benarkan kau menyintai aku. Besok kalau aku nampak muka kau lagi, kau tahu la nasib kau. Sleep time bebeh!!!" Adriana menghabiskan rencananya untuk menghentikan Hakimi daripada terus menyintainya dan seterusnya memberi amaran.

Pada waktu rehat di sekolah siang tadi.Di dalam kelas...ini la yang berlaku....

"Oii! Hari Jadi kau kali ini apa plan kau? Apa wish kau kali ni?" tanya salah seorang kawan Hakimi, Azri kepada birthday boy, Hakimi.

Kawannya Pian menjawab selamba." Aku tahu apa wish dia, sure macam dulu nak dapat awek idaman dia la."

Kawan-kawannya yang lain bertanya," siapa awek yang kau idam sangat tu?"

Hakimi menjawab," Perempuan idaman aku tu dah lama muncul dalam hidup aku. Dia mempunyai kebijaksanaan, berani, cute, dan banyak lagi sifat yang perfect ada pada dia. Semua sifat awek idaman aku tu ada pada diri Adriana.

Ha! Ha! Ha! Ha!.....

Seluruh kelas riuh rendah dengan gelak tawa setelah mereka mendengar nama Adriana sebagai gadis idaman jejaka kacak dan paling popular di sekolah.

"Adriana ke? Kau buat lawak sarkas ke wei? Ha! Ha!

" Aku ingat siapa la awek tu. Rupanya si minah tomboy tu yang kau gilakan. Ha! Ha! Kau minat dia sebab dia ada silat yerk? So, boleh la dia protect kau la nanti kan? Habis la kalau kau jadi balak dia nanti. Sure kena torture kaw kaw punye. Jadi tongong je la kau nanti. Ha! Ha! Ha!.Fuhh!! Terer tul la citarasa kau. Tak sangka kau boleh jatuh cinta ngan awek yang leh membuatkan kau cacat seumur hidup!!.

Selepas peristiwa pada waktu rehat itu, Adriana telah keluar dari kelas dengan marahnya. Mungkin kerana gelak tawa dari rakan-rakan Hakimi yang membuatkan dia malu.

Flashback abih...

"Eh, Hakimi!! Laaa! Sampai pengsan dalam tong sampah dikerjakan? Melampau betul Adriana tuh!" Ruby yang juga rakan sekelas kepada Hakimi dan Adriana terkejut melihat Hakimi yang telah pengsan di dalam keadaan basah kuyup setelah dibelasah Adriana.

"Habislah sekarang. Kau cakap kalau aku terus terang kat dalam kelas, dia sure terharu punye. Tapi lain pulak yang jadi. Sekarang habuk pun takde, dia dah benci tengok muka aku lagi." Hakimi dengan penuh penyesalan meluahkan perasaannya di dalam kelas siang tadi.

" Ala, Hakimi. Mane la aku tahu semua tu nak jadi. Aku pun tak sangka bebudak kelas kecoh sampai macam tu sekali. Siapa pun akan bengang kalau kena gelak macam tu wei." Ruby yang rasa bersalah dengan apa yang di cadangkan.

"He! He! Tapi tadi memang best gila siot! Masa dia marah tu kan, fuyyooo...cun habis siot!! Dari cara dia belasah aku lak macam heroin dalam Charlie's Angels tu." Hakimi yang sedang angau dilamun cinta sampai tak pernah merasa sakit dibelasah oleh Alyssa.

"Hah!! Kau kawan baik dia kan? Sure kau tahu apa hobi dia kan?" tanya Hakimi kepada Ruby.

" Tak berapa tahu la tapi kau boleh curi-curi ikut dia, nengok mana dia pergi." jawab Ruby sambil memberi cadangan untuk menyatukan Hakimi dan Adriana.

" Ermmm, Okay cun! Mulai esok aku akan jalankan operasi baru.Oh! Adriana ku sayang!!” kata Hakimi sebagai tanda dia setuju dengan plan Ruby.

Keesokan harinya...

Hakimi melakukan apa yang dicadangkan oleh Ruby demi mendapatkan cinta Adriana.

"He! He! Intipan James Bond baru bermula." kata Hakimi dalam hati sambil senyum sinis mengikut ke mana saja jejak kaki Adriana melangkah.

Hakimi nampak Adriana berhenti di kedai haiwan peliharaan untuk bermain dengan kucing yang ada di kedai itu.

Dan Hakimi berkata di dalam hati," Oooo...dia suke kucing rupanya."

Tanpa dia sedar bahawa misi jejak dia dah pun di'bau' oleh Adriana.

" Ermmm... biar dia ikut aku masuk lorong ni, pastu tahu la aku ajar." kata Adriana dalam hati.

Dia pun berjalan memasuki lorong kecil dengan harapan dapat memberi pengajaran kepada Hakimi yang daripada tadi mengekorinya.

"Hah!! Berani kau cuba intip aku!!" kata Adriana namun, wajahnya berubah terkejut apabila melihat bukan Hakimi yang dilihatnya bersamanya di lorong tersebut.

" Oppss!!! Sorry salah orang. Aik mana mamat tu? Bukan mamat tu ke yang ikut aku daripada tadi." kata Adriana dalam hati.

Orang yang dilihatnya bukanlah Hakimi tapi seorang budak yang tak dikenali dan seorang yang begitu mencurigakan.

“Siapa la pulak mamat ni? Dah la tak hensem. Aduh penatlah aku hari ni kena belasah orang lagi.” Kata Adriana dalam hatinya.

"Oh!! Rupanya selama ni kamu memang dah lama perasan yang saya selalu tengok awak. Tak sangka awak pun sukakan saya rupanya. Saya janji saya akan mencintai awak sepenuh hati saya" kata mamat yang tak dikenali itu.

Adriana cuba mempertahankan dirinya," siapa suka kau? Jangan ambik kesempatan nak pegang-pegang aku!!" kata Adriana.

"Saya dapat rasakan perasaan cinta antara kita sedang bergelora apabila tangan lembut awak tu menyentuh muka saya. He He He...terima kasih..." kata lelaki tu.

Tiba-tiba , Hakimi datang di lorong itu.

"Woi!! Apa yang kau buat tu?" jerit Hakimi.

Adriana pula sibuk menguruskan lelaki tak guna tu tanpa menghiraukan kehadiran Hakimi.

Hakimi terjatuh kerana dihempap oleh badan lelaki tadi yang jatuh akibat tendangan daripada Adriana. Apabila lelaki itu mahu mendapatkan Adriana, Hakimi menarik kaki lelaki itu supaya Adriana dapat melarikan diri.

" Adriana, pergi!! Lari cepat!! Dia dah tak boleh gerak lagi ni. Tolong lari cepat!! Saya takkan benarkan budak muka buruk ni usik awak lagi. Pergi!!!!" jerit Hakimi berusaha untuk menyelamat Adriana.

Namun lelaki itu memijak kepala Hakimi.

Perlakuan yang dilakukan lelaki itu memang menaikkan darah Adriana kerana dia tak boleh tengok kawannya dihina seperti itu apatah lagi lelaki yang menyintainya dan sudah berusaha untuk menyelamatkan dia.

" Oit!! Cis!! Berani kau pijak kepala balak aku!!" setelah selesai membelasah lelaki itu, Adriana terus membawa Hakimi untuk menyelamatkan diri dari situ.

Hakimi pula masih tertanya kebenaran apa betul apa yang dia baru dengar tadi.

" Berani kau pijak kepala 'balak' aku..??? betul ke apa yang aku dengar tadi? He! He! Aku boleh rasa yang dia dah boleh menerima cinta aku terhadap dia." kata Hakimi di dalam hati.

" Banyaknya darah keluar…rasa macam...macam nak pengsan.." kata Hakimi jatuh longlai di atas kaki lima.

Adriana risau sambil menyahut," Hakimi, bangun Hakimi, Bangun". Dalam usaha Adriana nak membangunkan Hakimi yang pengsan itu. Rupanya Hakimi masih sedarkan diri dan cuba untuk memeluk Adriana.

Tibe-tibe...

"Eh!! Apa yang korang buat kat sini?" ruby bertanya.

Adriana terkejut lalu menolak Hakimi. Lalu Hakimi jatuh ke bawah tebing di tepi jalan. Adriana tak menyangka yang dia telah menolak Hakimi kerana malu terhadap Ruby.

Kemudian, dia menjalankan aktiviti biasanya yang sentiasa menyelamat Hakimi tapi kini sebagai heroin miliknya.

-The END-

Thursday, June 10, 2010

Aku Tak Nak Kau La!!! - #1

Ogura Yui merupakan pelajar perempuan yang telah kecewa dengan kisah percintaan yang menjadi impiannya selama ini setelah putera impian yang diidamkan iaitu, Takuma telah berkahwin dengan wanita pilihannya. Takuma merupakan abang sepupu kepada Yui. Dan sudah lapan tahun Yui menantinya namun cintanya tak kesampaian kerana Takuma lebih memilih Minori.

Pada hari perkahwinan Takuma dan Minori, Yui mengimbas semula segala kenangan yang ada di ingatannya tentang putera idamannya itu buat kali terakhir.

"Takuma, segaknya awak!. Awak nampak macam model la bila pakai baju tu, Minori!. Cantik betul awak ni." puji sahabat-sahabat Takuma dan Minori. Tak lupa juga keluarga yang begitu merestui hubungan mereka namun bukan untuk kebahagiaan Yui.

"Ish.Ish.,Sesiapa pun akan nampak cantik kalau pakai gaun pengantin!. Apa lagi kalau dah pergi rawatan kecantikan berpuluh-puluh kali!" Yui berkata dalam hati sambil memendam rasa sakit. Dia makan sepuas hati di dalam majlis itu, dengan harapan dia akan dapat melupakan segala kesakitan itu.

“Bagusnya! Baru tiga bulan kenal, terus nak kahwin!" ada suara yang memuji dua pasangan itu.

“ Bagus apanya? Aku yang dah lapan tahun kejar dia, tau?" dengan marahnya Yui membalas dalam hati sambil mengenggam tangannya.

“ Ayah adik kata kami boleh gunakan bilik kosong tu kalau kami nak. Jadi kami ambil keputusan untuk tinggal bersama dengan korang di sini.” Kata Takuma kepada Yui.

“ Maaf menyusahkan. Kakak akan tinggal di sini mulai sekarang.” Kata Minori kepada Yui.

“ Ah, ape? Tinggal dengan kami?! Apalah ayah ni!” kekecewaan Yui semakin bertambah.

“ Kenapa aku kena duduk serumah dengan musuh cinta aku?” Tanya Yui dalam hati dengan perasaan tertekannya.

Tiba-tiba,…..

UWAAAAAAAAAHHHH!!!!!UWAAAAAAAAAHHHH!!!!!HUHUHUH! Terseksanya.

“Kenapa lak dengan mamat ni? Overnya nangis laki ke pondan ni. Kalau nak nangis pun, cover la sikit. Ish.ish. Ganggu emosi aku betul. Dah la emosi aku dah cukup terganggu ni.” Kata Yui dalam hati sambil melihat gelagat lelaki di sebelahnya itu.

“ Weh…Kau sedar tak semua orang pandang kau sekarang ni? Kau ni over betul tau, tolong la berhenti.” Pujuk Yui cuba menenangkan lelaki itu.

“ Jangan kacau aku la. Suka hati aku la nak nangis ke ape ke.” Jawab lelaki itu membalas pujukan Yui.

“ Cis, Dia ingat umur dia berapa?! Dia kebudak-budakan betul la.” Tegur Yui dalam hati.

“Takkan la aku nak ketawa pulak di hari perkahwinan perempuan yang aku cintai.” Lelaki itu cuba menerangkan situasinya kepada Yui.

“ Ah, lelaki ini pun sama menanggung derita kerana cinta yang tak kesampaian.” Kata Yui dalam hati.

“ Nah, gunalah ni! Aku faham perasaan kau. Ini perkahwinan orang yang aku cintai jugak,” Yui memberi sapu tangan sambil memberitahu situasinya pula kepada lelaki itu.

“ Pedih, kan? “ Tanya lelaki itu.

“ Sangat pedih. Takde kesakitan yang lebih sakit dari putus cinta. Dalam sekelip mata je semuanya berubah.” Yui menyatakan perasaan yang dirasai sekarang sambil menitiskan air mata.

“ Betul tu, Aku benci rupa lelaki tu yang cengeng dan lembik. Lagipun aku jauh lagi tinggi dari si ketot tu! Dan seribu kali ganda lebih hensem dari dia. Yang paling aku tak tahan sekali, kaki dia busuk pulak tu!” kutuk lelaki tu tentang Takuma kepada Yui.

Dengan marahnya Yui membaling jambakan bunga yang berada di dalam genggamannya ke muka lelaki itu sambil berkata “ uh.uh. Abang yang aku kasihi tak mungkin ada kaki busuk! Dan dia sejuta kali ganda lebih hensem dari kau!”

Yui mengalah dan tidak mahu menangis lagi di atas apa yang berlaku. Dia harus menerima kenyataan bahawa dia tak mungkin boleh hidup di rumah keluarga bersama dengan musuh cintanya.

“Betul tu!. Ada ramai lagi lelaki kat luar sana. Pasti aku akan temui cinta baru! Aku nak keluar dari rumah. Selamat tinggal, abang Takuma. Aku akan cari sendiri kebahagiaanku.”

To be continued…..

KaryaKu kembali...!!!

Assalamualaikum N salam sejahtera wat my readers,

Okay. Start hari ni, maybe aku akan meneruskan n menyambung balik karya aku yang dah lama tertangguh ni. aku takde idea nak wat cite camne..tp kalo idea tu timbul dapat la aku tulis kay..kalo tak, tersekat la separuh jalan. bila ada sambungan aku akan alwayz update kay.

FYI, kadang-kadang kebanyakan cite yang aku tulih ni berinspirasikan komik yang aku baca..x pun aku adaptasi je dari situ..x kira la manga online ke aku beli ke..aku sapu je..hope korang enjoy..

bg sape yg gile komik tu, baca2 la ek..hehehe...:]

N wat malam ni aku akan mulakan dengan kisah dari sebuah komik..iaitu.....

Tgk la entry lepas ni...hehehehe:]

Tuesday, June 1, 2010

my fav korean groups

salam sume...

now, i wanna talk about my fav luv korean group...

i love both female and male group...tp kene la cite satu2 kan...hahah..

skrg nk cite female dulu ke male dulu ek...???

male dulu la...hehehe... :]
My SS501...

Act, aku xde la obses or fanatic sgt ngan korea ni...
biasa la aku kan universal...kah.kah.kah...sume aku layan...
apa yg penting, telinga aku n sedap mendengar lgu2nye...
nak tw selanjutnye ape yg aku lyn kene la follow aku...
hehe.. ;]

aku suke SS501 ni start last year bcuz dorg ni lebih 'matured' ckit...
dah la fashion style group dorg masukkkkk kot...
macho gile...hahaha...gipun dorg tu bukan tue sgt pun...baya2 abg2 aku je...huhuh...
member group ni yg paling aku suke is Kim HyunJoong
So hensem n cute... sopan je org nye...x caye tgk FO season 1...hahaha...
mmg type aku la...

ala lagu dorg pun apa kurang nye...hehe sedap2 gak
paling masuk ngan aku 'get along', 'play', 'ur man'
ala sume lagu album dy aku ad kot...

SS501 ni sume korg kenal kan, ad 5 group members

Leader: ofcoz la my dream Mr. Right...huhuh...Kim HyunJoong...
Bday: 6th June 1986

2. Kim HyungJun
Bday:3rd Aug 1987

3. Heo YoungSaeng
Bday: 3rd Nov 1986

4. Park JungMin
Bday: 3rd Apr 1987

5.Kim KyuJong
24th Feb 1987
Tu je la yg aku nak cite sal dorg wat sekarang ni hahaha...
xpyh la aku cite byk2 kang over plak...gpun mcm korg x kenal je..
kalo x kenal cari la dlm tenet... kenal la korg t..

annaeyong My oppas!!!

Okay...now, aku nk story kat korg sal female group plak...

female group yang paling aku suka :

SNSD, Girl's Generation..
SNSD means for So Nyeo Shi Dae
aku suke group ni sbb dorg baya2 aku..haha..
lawak x...kahkahkah...
xde la sbb dorg punye perfomance pun okay gak...
gpun female group dorg byk sgt saingan...asyik ad je group baru...

tp SNSD mmg the best la... aku suke tgk 'the invincible youth' sbb dorg la...
lg 1 sbb ad penyanyi suara powerrrrrr gile2..
haha...TaeWoo 'bear' oppa

dalam SNSD ni, yang paling aku berkenan sekali Im Yoona...nak tw sbb ape...???
sbb kalo dy gelak...cam antu...haha..mcm aku...aku..huhuh...

dalam SNSD ni, ad 9 members
TaeYeon as the leader, Im Yoona, Yuri, Tiffany, HyoYeon, SooYoung, SeoHyun, Jessica, & Sunny...

Lagu2 yg Group ni perform mmg best...paling aku suke 'Gee', 'Genie'...
' run devil run' pun best gak...asal lagu tu best n sedap didgr aku lyn je...

tu je la yg aku dpt coretkn kat blog aku yg x seberapa ni..hahah..
nnt2...aku mengarut lagi sal2 korea2 ni...hahah...

Sorry...I have no idea

hahahah....

da bape hari da aku x update blog aku ni...sorry sume!!! aku xde idea sebenarnye...hahaha...
tp mlm ni byk jugak idea aku...hope dpt la aku memenuhkn blog aku dgn entri yg ntah pape ni kan...

tonight would be different...hahahah...aku nak mengarut puas2 dlm blog aku ni...;]

wat para pembaca, hope sudi la menerima...haha...sbb ni je idea yang aku ad...hahah..

luv 4 u guys...