CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, June 12, 2010

The Perfect Boyfriend!!!...kisah pencarian lelaki sempurna....

Storynya bermula....


Kebelakangan ini, makin banyak masa aku habiskan dengan surfing internet. Kerana ada satu kejadian yang masih aku tak dapat lupakan, walaupun perkara tu dah terjadi sebulan yang lepas. Kawan karib...Aku memang kurang kawan karib. Kawan lelaki lagi la. Boleh dikata kan tak ada cuz semua tak boleh 'ngam' dengan aku.

Oleh itu, segala kesedihan dan kegembiraan aku kongsi dengan pal net aku yang paling istimewa iaitu nicknamenya Sky [langit]. Aku pula sebagai Strawberry.

Di dalam chatting...

Strawberry: Sky, kau tahu tak kenapa aku rasa sedih...?

Sky: Kenapa Strawberry?

Strawberry: Bila aku tutup mata aje pasti wajah 'dia' pasti bermain dalam ingatan aku.


Aku rasa serba salah, sebab selama ini ape yang aku fikirkan hanyalah untuk mencari kesempurnaan. Sampaikan nak cari boyfriend pun kena yang perfect.

Sebulan yang lepas,akhirnya dia yang aku cari selama ini muncul di depan mata aku setiap hari setiap masa. Aku fikir dialah lelaki yang paling sempurna untuk aku. Pertama kali aku memandangnya, ketika itu dia sedang bermain basketball sambil memakai t-shirt dengan favourite number aku; #4.


So Cool... Orangnya tinggi dan nampak sporting.Saat itu aku sedar bahawa dia la yang perfect boyfriend yang aku cari-cari selama ini.


Sky: Kau tak ada tegur dia ke?


Strawberry: Tak ada tapi tanpa aku duga...

Pada hari yang sama, ketika aku ke kedai buku mencari novel...Dia pun ada kat dalam kedai tu. Aku memang tak sangka akan bertemu dengan dia lagi. Kali ini begitu dekat pula tu..Dia memang hensem...Nampaknya, dia bukan saja sporting malah juga berilmu juga. Aku dapat rasakan dia ada ciri-ciri yang aku cari selama ini. Semakin aku fikirkan perkara ini, semakin perasaan aku membuak-buak untuk memandang dan mendekatinya. Pada hari itu, dengan beraninya aku cuba berdiri di sebelah dia... aku pandang dia... tapi dia sedikit pun tak perasan aku.


Sky: Jangan cakap kau dah jatuh cinta dengan begitu mudah sekali...Apa yang kau nampak tu hanyalah sifat luarannya sahaja.


Strawberry: Dah tentu la aku tahu perkara tu..Tapi sekurang-kurangnya sifat luaran yang aku nampak padanya lebih baik daripada mana-mana lelaki. Bukankah sifat luaran tu sedikit sebanyak mencerminkan sifat dalaman seseorang tu?...tapi..tapi...


Sky: Tapi apa?


Strawberry: Dan sekali lagi, dengan tak diduga...aku bertemu dengannya tanpa saling kenal mengenal...tanpa tahu di mana dia berada... aku bertemunya lagi di kafe...aku terdengar ada bermain piano...sedap dan merdu sungguh lagunya... aku masuk ke dalam untuk melihat siapa yang bermain piano itu...rupanya...


Sky: Rupanya ape?


Strawberry:Rupanya dia la yang main lagu tu...Ya Allah! Kenapa dia...? Kenapa semua ini berlaku pada aku secara tiba-tiba? Tapi aku percaya, ni semua telah ditentukan oleh takdir. Petang tu seolah-olah tak ada orang lain dalam kafe tu... hanya aku dan dia...dan lagu yang dia mainkan...perasaan aku tersentuh...


Untuk pertama kalinya, aku tak dapat mengawal perasaan aku untuk berkenalan dengan lelaki sepertinya. Aku tak berani untuk meletakkan harapan terlalu tinggi. Cuma aku nak berkenalan dengannya. Sekadar kawan pun sudah mencukupi.


Jadi, keesokkan harinya, aku ke kedai buku itu lagi...Seperti yang dijangkakan...dia ada di situ..


Aku terlanggar dia..aku mintak maaf dengan dia...tapi sepatah pun dia tak cakap apa-apa...Aku tanya dia " Maaf, selalu datang sini ke?" Aku sendiri tak faham kenapa aku bertanyakan soalan tu.Entahla... pada masa tu aku cuma nak dia jawab soalan aku jer...

Dia senyum je... tak jawab pun soalan aku.

Huh? Dia pun nak pergi dari situ...tapi sebelum tu aku menarik tangan dia..Aku tak berpuas hati kerana dia masih belum menjawab soalan aku.


Aku katakan kepada dia.." awak tak jawab lagi soalan saya.." tapi jawapannya tetap sama...Jadi aku tengking dia. " Apasal awak ni sombong sangat? Saya cuma nak berkawan...


Tiba-tiba ada suara yang aku dengar...


"Sorry...Sorry kak, kawan saya ni tak boleh bercakap..." kawan dia menerangkan kepada aku situasi sebenarnya..

"Apa?!! Bisu?!!...

Oh, tidak...! Pada masa tu aku tergamam bila dapat tahu perkara yang sebenar. Entah mengapa, aku rasa tertipu... sejak kali pertama aku ternampak dia hinggalah saat itu, aku ditipu...Aku rasa sedih dan ingin menangis. Mengapa?!! It's a joke...

Tidak! Apa yang aku dah lakukan ?!!

Aku betul-betul tak dapat terima kenyataan...kenapa lelaki yang begitu baik adalah seorang yang bisu...?Tak dapat dibayangkan camner aku boleh jatuh cinta dengan lelaki yang tak boleh bercakap....

Tapi selepas itu, aku sedar kesilapan aku.aku telah menyakitkan hati dia hari tu. Tapi aku takkan dapat minta maaf dengan dia kerana sejak kejadian tu aku tak pernah nampak dia lagi.. walaupun kat tempat-tempat yang dia selalu pergi sebelum ini...

Sky: Eh, kau menangis ke?...Aku rasa... tolong la jangan menangis...Tak ada siapa yang minta perkara macam ni terjadi...

Sky, aku rasa cuma kau je faham perasaan aku...aku tak perlukan seorang boyfriend buat masa sekarang ni. Ada kawan macam kau pun dah cukup. Aku berkata dalam hati.


Sky: Jangan susah hati kay...masih belum terlambat untuk kau sedar kesilapan yang dah kau lakukan; asalkan kau nak mengaku salah dan minta maaf. Satu hari nanti kau akan jumpa juga dengan dia....tapi jangan lupa minta maaf pula. Aku percaya dia akan maafkan kau.

­­-Chatting The END­-

Akhirnya setelah sebulan aku berkawan dengan Sky, kami pun mengambil keputusan untuk berjumpa. Lagipun, lebih baik bertemu muka daripada bersembang dalam internet. Pada aku diala satu-satunya kawan yang aku ada. Jadi untuk pertemuan pertama, kami berjanji untuk memakai jeans...

Tiba-tiba, aku ternampak....lelaki yang pernah aku lukai dulu....sebulan yang lalu...dia memakai jeans seperti aku...apakah dia Sky?

Orang yang selama ini aku berkongsi masalah aku...suka duka aku....

Oh!! tak mungkin...!!!

Kenapa? Adakah aku bermimpi? Tidak, ini bukan satu mimpi...

Airmata aku hampir menitis dan tak dapat dikawal lagi...

bila aku difikirkan bagaimana aku layan dia semenjak dia jadi kawan baik aku....Ya! Aku janji nak cakap...

"Sorry..." Akhirnya dapat juga aku mintak maaf. Mata dia mengatakan dia dah maafkan aku.

Baru sekarang aku sedar yang dia tak 'bisu'. Pada aku, dia adalah insan yang sempurna. Dia boleh bercakap tapi hanya dengan aku...dan kami sebenarnya dah lama 'bercakap'

Oh! Semua ini hanya satu permainan...permainan takdir....

Dan ketika ini kami saling berpelukan... sangat rapat...dan sungguh menghangatkan...aku dapat rasakan...seandainya saat ini bisa berkekalan selamanya...namun waktu tak dapat berhenti...

Terima Kasih Ya Allah di atas takdir yang kau tentukan ini....

-The END-

0 comments:

Post a Comment